
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila didakwa bermasalah apabila memadam gambar bersama suaminya, Engku Emran di Instagram.
Memetik Harian Metro, bagaimanapun Nabila berkata perkahwinannya baik-baik sahaja dan tindakannya ‘memadam’ gambar suami disebabkan merajuk dengan lelaki itu.
“Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami. Cuma, saya padam gambar bersama suami sebab merajuk,” katanya.
Menurut Nabila, dalam berumah tangga sudah pasti akan ada pasang surut dan menjelaskan dia tidak memadam gambar berkenaan sebaliknya ‘archive’ sahaja.
“Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah.
“Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila mengakui dia sedar bahawa kesan di atas tindakannya itu akan menjadi bualan ramai, namun ketika itu dia terlalu geram.
“Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.
“Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian. Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya.
Solat Berjemaah, Netizen Sahkan Noor Nabila & Engku Emran Masih Sebumbung
Sejak mingu lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila apabila usahawan itu memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di Instagram.
Lebih kecoh apabila tular di media sosial apabila beberapa media Indonesia melaporkan pasangan itu dikhabarkan sudah bercerai.
Terbaru, perkongsian Nabila di aplikasi TikTok menjadi perhatian apabila memuat naik video gelagat anak sulung lelakinya, Jebat Jayden ketika mereka mendirikan solat jemaah bersama.
Tutur kelihatan, Engku Emran dalam video tersebut sekaligus membuktikan pasangan itu masih sebumbung serta keadaan rumah tangga Nabila masih dalam keadan baik-baik sahaja.
Diruangan komen, ada netizen mengatakan jika seseorang itu tidak memuat naik gambar dengan pasangan tidak bermakna mereka tidak lagi bersama. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini.
Lebih banyak Gambar disini
Media Indonesia Lapor Engku Emran, Nabila Bercerai?
Sejak mingu lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila apabila usahawan itu memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di Instagram.
Hasil tinjauan mendapati, gambar pernikahan mereka juga tidak kelihatan malah Nabila turut menukar gambar profil Instagram miliknya itu.
Bagaimanapun, sejak beberapa hari lalu tular apabila beberapa media Indonesia melaporkan pasangan itu dikhabarkan sudah bercerai.
@indonesia_today
Mantan suami Claudyacintya Bella, Engku Emran dikabarkan bercerai lagi untuk yang ketiga kalinya, nitizen : Vicky Prasetyo versi Upin Upin #claudyacintyabella #engkuemran #fyp
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Hasil tinjauan mendapati, turut tular di aplikasi TikTok apabila ada pengguna memuat naik laporan-laporan berita itu.
Turut menjadi perhatian, ada yang menulis tajuk bekas suami Laudya Cynthia Bella dikhabarkan bercerai serta mengatakan Engku Emran bukan orang sembarangan.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia yang turut terkejut dengan laporan berkenaan kerana tiada laporan mengenai perkara itu keluar daripada media daripada Malaysia serta bertanya mengenai kesahihan berita tersebut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply