
Bulan lalu, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengejutkan industri hiburan apabila mengumumkan mengenai perceraian mereka.
Bagaimanapun, perkongsian kedua meeka masih lagi menjadi perhatian ramai, termasuk baru-baru ini apabila Mizz Nina memuat naik petikan tentang kecurangan dalam sebuah hubungan.
Memetik mStar Online, difahamkan Mizz Nina berkongsikan petikan tulisan Qasim Rafique dari Scottish Relationship menceritakan tentang godaan adalah satu bentuk kecurangan dimana ia melanggar sempadan sesebuah hubungan.
Difahamkan, sebelum ini Mizz Nina ada memuat naik foto bekas suaminya itu bersama anak angkat mereka iaitu Musa di Insta Story.
Sementara itu, menerusi Instagram Noh dilihat turut memuat naik gambar sama namun tiada sebarang kapsyen dan ruangan komen ditutup.
Terdahulu, penyanyi Noh Hujan dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 sebelum mengumumkan perceraian mereka pada Ogos lalu dan kini masing-masing membawa haluan sendiri.
Netizen Sebak Lihat Mizz Nina Menangis
Pada Ogos lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan selebriti terkenal, Noh Salleh dan Mizz Nina yang telah bercerai talak satu.
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok yang dimuat naik seorang pengguna memaparkan aktivis kemanusiaan itu dilihat tidak dapat menahan sebak dan menyekat air mata dengan tisu.
Difahamkan, video itu dirakamkan ketika Mizz Nina dijemput menjadi tetamu pada persidangan Spiritual Summit 2022 anjuran Safinah Institute yang berlangsung pada 21 Ogos lalu. Mizz Nina membuat perkongsian bertajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure’.
Menerusi satu lagi video, Mizz Nina berkongsikan kisah seorang wanita yang bercerai dengan suaminya dan bagaimana wanita itu melalui proses penceraian.
“Wanita itu berkata ‘macam mana saya nak lalui semua ni?’ dan dia hanya kembali kepada Allah dan bersyukur kepada Allah.
“Ia satu kehilangan tapi dia bersyukur suaminya sudah menghabiskan masa bertahun-tahun bersamanya. SubahanAllah,” katanya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat Mizz Nina menitiskan air mata serta memberikan kata-kata semangat buatnya.
Terdahulu, Noh dan Nina berkata keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik. Mereka turut meluahkan rasa syukur diizinkan oleh Allah untuk bersama selama 11 tahun yang cukup indah.
Noh Salleh, Mizz Nina Sahkan Sudah Bercerai
Segala spekulasi mengenai rumah tangga pasangan selebriti itu akhirnya terjawab apabila Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan mereka sudah pun bercerai.
Perkara itu dikongsikan oleh Noh dan Mizz Nina secara serentak di Instagram masing-masing sebentar tadi. Menerusi entri itu, Noh dan Nina berkata keputusan untuk berpisah itu dibuat bersama bagaimanpun tidak berkongsikan tarikh perceraian.
Noh dan Nina berkata keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik. Mereka turut meluahkan rasa syukur diizinkan oleh Allah untuk bersama selama 11 tahun yang cukup indah.
“Selepas berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami bersetuju untuk berpisah dan meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami meluangkan masa bersama selama 11 tahun yang cukup indah, penuh pasang surut dan pengembaraan,” katanya.
Dalam pada itu, Noh dan Nina berkata mereka akan tetap berkawan baik serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang selama ini banyak memberi sokongan.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya.
Diakhir perkongsian itu, Noh dan Nina turut memohon doa untuk kehidupan mereka selepas ini serta meminta peminat agar menghormati privasi mereka.
“Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah. Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” katanya.
Terdahulu, Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.
Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan itu mengambil anak angkat diberi nama Musa pada Mac lalu.
sumber: rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply