
Rumah Tiada Gula, Rahsia Zaidi Omar Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun
Meskipun usianya kini sudah mencecah 64 tahun, pelakon berpengalaman Zaidi Omar dilihat masih sihat dan kekal muda.
Memetik Utusan Online, Zaidi mendedahkan amalan tidak makan gula dan kerap minum air kosong antara rahsianya sentiasa sihat.
“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong,” katanya.
Dedah Zaidi lagi, dia juga mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan tidur awal selewatnya jam 10 malam jika tiada penggambaran.
“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis.
“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” katanya
sumber: rotikaya
CARI PENGGANTI GULA DISINI
Cara betul detoks gula

DETOKS gula adalah an.tara diet fad (diet sementara atau pelan diet menjanjikan penurunan berat badan cepat) yang popular dalam kalangan sesetengah orang dan menjadi trend kesihatan terkini.
Sesetengah orang menganggap tabiat pema.kanan yang ‘memotong’ semua gula ini boleh dilakukan hanya dengan menghentikan minuman dan makanan manis seperti mufin, kek dan coklat.
Namun ramai yang tidak sedar gula juga wu.jud dalam sumber karbohidrat lain seperti beras, mi, roti dan kentang. Tidak kurang juga kandungan gula terse.mbunyi dalam banyak makanan yang diiklankan syarikat besar sebagai sihat.
Makanan tidak dianggap ma.nis seperti roti, keropok dan sos spageti sebenarnya juga dipenuhi gula tambahan yang tersembunyi di bawah nama seperti malt.osa, dextrose, sirap (semua jenis sirap), sirap jagung fruktosa tinggi atau molase.
Bagaima.na pula dengan sara.pan bijirin atau granola yang anda makan setiap pagi? Percaya atau tidak, makanan ini juga dipenuhi gula. Ada yang kandungan gulanya hampir dua kali lebih banyak berbanding coklat gelap.
Jadi pada asa.snya, dengan mengikuti program detoks gula, anda perlu mengurangkan pengambilan semua bentuk gula dalam makanan harian anda.
Pakar Pemak.anan dan Pengasas Homey, Yi Chien berkata, beberapa kajian mendapati gula mempengaruhi otak dengan cara yang sama seperti bahan ketagihan contohnya nikotin, kokain dan morfin.
“Secara pur.ata rakyat Malaysia mengambil 22 hingga 30 sudu teh gula sehari disebabkan budaya makanan. Jumlah ini jauh lebih banyak daripada yang disarankan iaitu enam sudu teh. Jadi tentu saja apabila anda memulakan program detoks gula, anda akan mengalami beberapa gej.ala penyisihan.
“Detoks gula boleh menyeb.abkan gejala fizikal dan mental yang tidak menyenangkan. Tindak balas tubuh terhadap pemberhentian gula berbeza untuk semua orang. Gejala yang anda alami dan keterukan gejala ini bergantung pada berapa banyak gula anda ambil setiap hari,” katanya.
Menurutnya, gejala penyi.sihan boleh berlangsung daripada beberapa hari hingga dua minggu. Semakin lama tubuh anda tanpa gula, gejala dan keinginan terhadap gula makin berkurang.
Anda mungkin mend.apati gejala lebih teruk pada waktu tertentu seperti antara waktu makan. Tekanan juga dikenal pasti boleh mencetuskan keinginan terhadap gula, jadi anda mungkin mendapati gejala kelihatan lebih teruk ketika tertekan.

KESAN DETOKS GULA
Jika anda sudah menghapuskan se.mua sumber gula daripada diet termasuk buah dan tenusu, anda mungkin mengalami flu keto.
Individu yang mel.akukan diet ketogenik mengambil kurang daripada 20 gram karbohidrat setiap hari. Tanpa akses kepada gula atau karbohidrat lain, badan tidak mempunyai sumber glukosa.
Glu.kosa adalah seperti bahan api untuk sel manusia dan tanpanya, kita mulai kelaparan. Badan ter.paksa beralih ke simpanan lemak untuk sumber bahan bakar alternatif dan ini akan menyebabkan keadaan yang disebut ketosis. Ketosis boleh mengakibatkan gejala seperti:
• Loya
• Keletihan
• Sakit kepala
• Kekejangan otot
• Bau nafas busuk
• Lemah
• Sembelit atau cirit-birit
KESAN SAMPINGAN
• Kemurungan
• Kebimbangan
• Perubahan dalam pola tidur
• Masalah kognitif
• Sukar beri tumpuan
• Keinginan terhadap makanan
• Sakit kepala ringan dan pening
• Rasa mual
• Kebas
• Keletihan
CARA KAWAL KES..AN SAMPINGAN
1. Hentikan pengambilan gula serta-merta
Mengehadkan peng.ambilan gula secara beransur-ansur boleh membantu mengurangkan gejala, tetapi gejala itu akan berlanjutan untuk tempoh lama.
Apabila anda memotong jumlah gula secara serta- merta, badan akan dapat mengadaptasi dengan keadaan tanpa gula dengan lebih cepat. Gejala pe.nyisihan juga berakhir lebih cepat. Lakukan dengan menghentikan pengambilan semua bentuk gula, termasuk dalam makanan segera, minuman manis dan tepung putih.
2. Makan lebih protein
Tambahkan protein pada setiap hidangan bagi membantu mengelak kelaparan dan tahap tenaga yang rendah semasa proses detoks gula. Ini akan membantu anda untuk mengekang godaan mencapai coklat, gula-gula atau makanan manis.
3. Tambah serat dalam makanan
Serat membuatkan anda lebih kenyang. Disebabkan ia juga mengawal paras gula dalam darah, ia mungkin membantu mengelakkan kesan sampingan detoks gula seperti sakit kepala dan loya.
4. Minum lebih banyak air
Ia penting terutama apabila anda meningkatkan pengambilan serat yang boleh menyebabkan sembelit. Segelas air juga menghalang anda terlebih makan dan mengawal keinginan.
5. Elak pemanis tiruan
Kajian menunjukkan pengambilan pemanis tiruan menyebabkan keinginan anda terhadap makanan manis bertambah. Mengelakkan makanan m.anis walaupun bebas gula adalah langkah terbaik dalam usaha memotong gula dalam diet.

6. Urus tekanan
CARI PENGGANTI GULA DISINI
Ada banyak kajian menunjukkan tekanan boleh meningkatkan keinginan kepada makanan manis. Gula juga mengandungi kesan menenangkan terhadap hormon tekanan yang menyumbang keinginan untuk gula apabila tertekan. Berjalan, berbual dengan rakan atau membaca buku ant.ara aktiviti mudah untuk melegakan tekanan.
7. Bersenam
Bersenam meningkatkan ten.aga dan mengurangkan tekanan sekali gus membantu melawan gejala penyisihan seperti keletihan, tidak bertenaga dan keinginan disebabkan tekanan.
8. Minum sumber hijau
Anda boleh mencuba beber.apa resipi minuman berasaskan sayuran seperti bayam dan brokoli yang dicampur buah-buahan.
9. Tidur yang mencukupi
Tidak cukup tidur menyeba.bkan timbulnya keinginan kepada makanan manis dan makanan tidak sihat seperti jajan. Tidur yang cukup akan mengurangkan tekanan, membantu anda membuat pilihan makanan lebih baik, menambah tenaga dan menambah baik tumpuan dan memori.
10. Makan sesuatu yang pahit
Makan makanan pahit mem.adam reseptor dalam otak yang memacu keinginan kepada makanan bergula selain membantu mengawal tahap gula da,rah. Anda boleh memilih beberapa makanan pahit seperti kopi, arugula atau brokoli.
sumber: hmetro
CARI PENGGANTI GULA DISINI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply