
Sejak kebelakangan ini ada sahaja diperkatakan mengenai isu artis memuat naik gambar berpakaian seksi yang menjadi bualan ramai netizen.
Namun lain pula buat pelakon dan pengacara Ain Edruce yang mengatakan dia tidak akan berkongsikan foto yang kelihatan seksi di media sosial.
Lebih banyak Gambar disini
Memetik Astro Gempak, dia tidak mahu perkara itu menjadi bualan netizen serta demi menjaga nama baik keluarganya.
“Saya adalah sejenis yang memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum memuat naik apa-apa perkongsian di media sosial, saya akan fikirkan tentang ibu ayah dan keluarga saya.
“Sebagai contoh jika pakaian itu terlalu seksi saya tidak akan kongsikan di media sosial supaya tidak menjadi bualan mulut orang.
Lebih banyak Gambar disini
“Saya lakukan demi menjaga nama baik keluarga dan suami, saya tak mahu nama baik keluarga saya diperkatakan,” katanya.
Dalam pada itu, Ain turut berkata netizen tidak sepatutnya melulu dengan bercakap perkara buruk setiap kali ada artis yang melakukan kesilapan serta mengingatkan tentang undang-undang salah guna media sosial.
“Netizen diluar sana pasti akan ambil peluang untuk berkata buruk jika ada artis berpakaian seksi atau melakukan salah, itu tidak baik.
“Mungkin netizen berani berkata yang tidak eslok sebab mereka tidak tahu bahawa undang-undang salah guna media sosial itu wujud,” katanya.
Tiada Pembantu Rumah, Ain Edruce & Suami Bergilir Jaga Anak
Pelakon dan pengacara Ain Edruce kini memperlahankan karier seninya buat sementara waktu untuk memberi perhatian pada anaknya, Soraya.
Menurut Ain, sebelum ini dia sering memberikan fokus terhadap kerja, namun kini lebih mengutamakan anak perempuannya yang baru berusia tujuh bulan.
“Anak lagi penting buat masa sekarang. Tambah lagi saya dan suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 29, menjaga sendiri anak kerana tiada pembantu rumah.
“Agak bermasalah juga untuk dapatkan pembantu rumah sekarang. Kalau boleh, lagi senanglah kalau ada pembantu. Macam kata emak, agak memudahkan juga kalau ada pembantu kerana saya senang nak bekerja.
“Buat masa ini kalau saya kerja, suami yang akan jaga anak. Kalau suami kerja, saya pula kena bercuti. Tak boleh kedua-dua kami bekerja serentak sebab Soraya kena ada salah seorang dari kami bersamanya,” katanya.
Dalam pada itu, Ain berkata dia tetap akan memantau aaknya serta tidak akan membiarkan anaknya dijaga tanpa pemantauan ahli keluarga jika ada pembantu rumah.
“Saya tak akan membiarkan anak dan pembantu macam itu saja. Syaratnya, salah seorang emak kami kena ada sekali menjaga Soraya. Dengan cara ini, kami taklah rasa susah hati dan boleh fokus pada kerja,” katanya.
Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul yang juga ahli perniagaan dalam sebuah majlis di Quill City Mall pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.
Ain Edruce Kongsi Wajah, Nama Anak Sulung
Selepas dua minggu selamat melahirkan anak sulung, pelakon dan pengacara Ain Edruce akhirnya berkongsikan wajah anak perempuannya yang diberi nama Soraya yang membawa maksud cantik.
“Nama anak saya Soraya sebab nama bapa dia panjang, tiga patah perkataan.
“Kawan-kawan saya pun dah bertanya nak tengok gambar anak saya, saya konsgikan ini bukan untuk menunjuk atau apa, sekadar ingin berkongsi kegembiraan kami bersama out little Soraya,” katanya.
Berkongsikan perkara itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube, Ain turut menceritakan mengenai pengalamannya yang terpaksa bertarung lebih 26 jam untuk melahirkan cahaya matanya itu sehingga doktor terpaksa vakum untuk memudahkan proses kelahiran.
“Saya masuk hospital pada 18 Mei pukul 12.30 tengah malam dan baby selamat bersalin pada 19 Mei pada pukul 1.30 pagi. Bayangkan berapa lama saya lalui proses itu.
“Doktor terpaksa vakum kepala anak untuk senangkan proses bersalin dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kesan vakum pada kepada anak pun dah tiada sekarang,” katanya.
sumber: rotikaya
Lebih banyak Gambar disini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply