Amelia Henderson Warna Rambut Merah Sebab Kecewa Putus Cinta

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Amelia Henderson menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya tampil dengan rambut warna merah.

Penampilan Amelia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan pelakon itu yang tampil berani memilih warna merah terang.

Malah, ada netizen mendakwa perubahan Amelia itu adalah disebabkan patah hati selepas dikhabarkan sudah putus dengan pelakon Aedy Ashraf.

Lebih banyak Gambar disini

Bagaimanapun, Amelia menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan dia mengubah rambutnya menjadi warna merah selepas melihat dirinya menarik menggunakan ‘filter’.

“Ramai yang tanya mengapa saya mewarnakan rambut menjadi merah. Ada banyak artikel diterbitkan memberi jawapan merepek.

“Jawapan sebenar untuk tindakan saya ini ialah kerana perasaan ingin mencuba selepas melihat rambut kelihatan menarik apabila mengenakan filter dalam media sosial,” katanya.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Amelia berkata dia berbuat demikian kerana buat masa ini tiada penggambaran sedang dilakukannya.
Lebih banyak Gambar disini

“Saya cuma nak mencuba memandangkan sekarang ini tidak menjalani sebarang penggambaran drama. Jadi, inilah peluang untuk saya warnakan rambut merah yang agak gila sedikit. Selain itu, saya juga tak pernah warnakan rambut begini selain dengan tona coklat dan highlight.

“Inilah jawapan sebenar untuk sesiapa yang keliru dan fikir ada sebab mendalam. Konklusinya, saya tukar warna rambut kerana filter bukan sebab alasan merepek lain yang tiada kena mengena,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila hubungannya dengan Aedy Ashraf dikatakan sudah berakhir selepas kedua mereka memuat naik perkongsian sedih di laman Twitter.

Lebih banyak Gambar disini

“Hidung Saya Original Okay, Kalau Buat Nak Lagi Mancung” – Amelia Henderson

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Amelia Henderson sering menjadi bualan ramai lebih-lebih mengenai status hubungannya dengan pelakon Aedy Ashraf dan bahagian ketiaknya dipuji cantik oleh ramai gadis.

Baru-baru ini, sesi Live Amelia menjadi perhatian apabila ada netizen bertanyakan adakah hidungnya asli atau original.

Menjawab pertanyaan netizen itu, Amelia menyifatkan soalan tersebut agak lucu serta menjelaskan hidungnya adalah asli dan dia tidak melakukan sebarang pembedahan.

Lebih banyak Gambar disini

“Hidung original tak? Korang tanya hidung saya original ke tak? Macam mana nak buktikan (gelak).. Tapi tak, seriously macam mana nak buktikan.

“Sebab saya rasa macam soalan ini sangat kelakar. Dan saya berani kerana benar. Hidung saya original ya semua. Saya tak boleh nak gosok sangat hidung sebab saya tengah pakai make up. Tapi hidung ini original la okey,” katanya.

Dalam pada itu, Amelia berkata jika dia ‘membuat’ hidung, sudah pasti dia mahukan lebih mancung daripada hidung asalnya.

“Kalau saya dah buat hidung, saya expect dia lagi mancung dari ini okey,” katanya.

Terdahulu, rata-rata netizen memuji ketiak aktres itu cantik serta ada yang mengatakan selain memiliki wajah cantik, ketiaknya juga jadi idaman para gadis.

sumber: rotikaya

Lebih banyak Gambar disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Lebih banyak Gambar disini

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*