
Sebut saja nama Kasih Iris Leona, sememangnya ramai yang mengenali anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu yang sinonim dengan imejnya yang seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Azhar turut mengakui sudah buntu untuk menasihati anak gadisnya itu yang sering mencetuskan kontroversi.
Difahamkan, Azhar berkongsikan perkara itu menerusi satu perbualan bersama rakan pelakon Aida Aris yang diterjemah dalam bentuk dialog.
Menurut Azhar, dia sudah menasihati anak gadisnya itu namun semakin menjadi-jadi dan setiap hari membuatkan dirinya ‘panas bontot’ dengan isu Leona.
Aida turut memberi cadangan kepada Azhar untuk menggunakan kehebatannya sebagai pelakon untuk melembutkan hati anaknya, namun Azhar berkata pasti dia akan dikenakan semula.
“Kau cubalah slow talk dengan dia. Kau berlakonlah sedih sikit and cakap sampai hati you buat kat Daddy macam ni. Gunakan skil lakonan kau tu untuk pujuk dia,” kata Aida.
“Hmmmmm mana mau nyer kang dia cakap balik…. ‘adakah awak sedang berlakon dengan saya sekarang?’ Penat!,” balas Azhar.
Perkongsian Azhar itu membuatkan ramai terhibur dengan perbualan tersebut. Dalam pada itu, ramai yang meminta Azhar untuk terus berdoa buat anak gadisnya agar dilembutkan hati untuk mendengar nasihat
Seluar Anak Azhar Sulaiman Ketat Sangat, Netizen Kata Nampak Bentuk Tak Sepatutnya
Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai anak pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dimana sebelum ini kecoh apabila ada wanita mendakwa gadis itu ada skandal dengan suaminya.
Bagaimanapun, isu tersebut sudah pun reda apatah lagi dakwaan dan tuduhan wanita itu tidak masuk akal. Malah, Azhar juga membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang selepas mengambil kira kesihatan mental wanita tersebut.
Terbaru, Leona sekali lagi menjadi perhatian selepas memuat naik videonya menari di TikTok. Menerusi video itu, Leona dilihat memakai seluar berwarna hitam bersama jaket namun tidaklah terlalu seksi seperti sebelum ini.
Bagaimanapun, rata-rata netizen yang terkejut melihat video tersebut dimana mereka mendakwa seluar yang dipakai Leona terlalu tetat sehingga ada yang dakwa menampakkan bentuk alat sulitnya.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka tidak tahu untuk berkata apa lagi apatah lagi sebelum ini sudah ramai memberikan teguran.
Seperti sudah dijangka, video dikongsikan Leona itu juga turut dihujani komen berbuar lucah terutama daripada kaum lelaki.
Dalam pada itu, ada yang mendoakan agar Leona berubah secara perlahan-lahan serta akan mengikut jejak langkah seperti Neelofa dan Izara Aishah suatu hari nanti.
Terdahulu, Azhar meluahkan rasa syukur dikurniakan anak gadis seperti Kasih Iris Leona meskipun dia suka berpakaian seksi. Menurut Azhar, anaknya hanya seksi sahaja serta tidak melakukan perkara lain yang memeningkannya.
Azhar Sulaiman Tak Saman Wanita Fitnah Leona
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai anak gadis pelakon Azhar Sulaiman apabila ada wanita mendakwa Kasih Iris Leona mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.
Bukan itu sahaja, wanita itu turut menuduh Leona mengikis duit suaminya sebanyak RM3,000 sebulan, bagaimanapun tuduhan dilemparkan oleh wanita itu tidak logik.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Azhar dilihat ada memuat naik satu entri enggan memanjangkan isu berkenaan.
Menurut Azhar lagi, dia juga tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita itu selepas mengambil kira kesihatan mentalnya serta mendoakan yang terbaik.
“Saya tak mahu memanjangkan perkara ini dengan anda pasal Leona. Saya doakan yang terbaik dalam hidup anda dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT selalu. Hanya nasihat mesra untuk anda… Carilah seorang kawan baru yang mahir pasal ‘mediasos’ (media sosial) ini…
“Dengan saya, anda terselamat sebab saya masih memikirkan kesihatan mental anda… Kalau orang lain, pasti mereka akan saman anda…,” tulisnya.
sumber: rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply