
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula founder produk dan juga TikToker muncul dengan single mereka semata-mata untuk tujuan marketing. Malah, golongan ini juga tidak seolah serik meskipun dikecam.
Memetik mStar Online, penyanyi rap Joe Flizzow berkata dia tetap dengan pendirian tidak berminat untuk menghasilkan lagu untuk founder produk.
Menurut Joe lagi, meskipun dia diberi tawaran RM100,000 sekali pun dia akan menolak tawaran berkenaan.
“Saya akan kata tidak! Awak boleh tanya pengurus saya bahawa saya akan cakap tidak kepada duit yang banyak walaupun untuk RM100,000,” katanya.
Terdahulu, penyanyi Datuk Awie meluahkan rasa kecewa melihat founder produk dan TikToker muncul dengan lagu sendri serta menyifatkan tindakan mereka itu mersosakkan industri muzik.
Awie Sedih Industri Muzik Dilacurkan Founder & TikToker Kemaruk Jadi Penyanyi
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula founder produk dan juga TikToker muncul dengan single mereka semata-mata untuk tujuan marketing.
Memetik mStar Online, penyanyi Datuk Awie yang diminta mengulas mengenai perkara itu meluahkan rasa kecewa melihat trend tersebut serta menyifatkan tindakan mereka itu mersosakkan industri muzik.
“Apa nak jadi dengan industri muzik kalau mereka melacuri industri ni dengan teruknya, teruk sangat tahu tak!
“Tiba-tiba stesen TV pakai lagu mereka untuk program, radio pakai lagu mereka untuk pasang walhal mereka bukan penyanyi, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi nak menyanyi. Saya minta maaf, bukan saya bagus sangat saya pun tak bagus tapi saya sayangkan industri ni,” katanya.
Menurut Awie lagi, ‘orang berduit’ ini juga sewenangnya membuat kontroversi murahan dengan tujuan mempromosikan lagu mereka sehingga ditegur oleh ulama.
“Tiba-tiba datang orang berduit menghancurkan industri. Rosak! Alim ulamak pun marah, netizen hentam, dia lagi bangga diri. Kau tak kesian ke?
“Kalau kau tak berkemampuan untuk membuat sesuatu yang elok, kau laburkan kepada mereka yang lebih elok. Cari orang yang betul-betul boleh nyanyi untuk produk engkau,” katanya.
Dalam pada itu, Awie berkata tindakan mereka ini juga sekaligus memalukan nama negara apatah lagi sekarang ini segala perkongsian di media sosial boleh ditonton di seluruh dunia.
“Kau tak malu ke nama Malaysia buruk kerana kau? Kau nak dapat rating kau, viewers untuk kau tapi kau hancurkan nama Malaysia dan nama Melayu khususnya orang Islam. Malu dik! “ katanya.
Leave a Reply