
Baru-baru ini tular beberapa video di TikTok mengenai sebuah majlis akikah majlis seorang keluarga usahawan yang menjadi bualan netizen.
Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat usahawan sensasi, Kak KM dan penyanyi Ifa Raziah sedang sakan bergelek. Namun, Ifa menjelaskan dia bergelek selepas majlis akikah dan telah dibayar untuk membuat persembahan.
Bagaimanapun, tular pula video di TikTok dimana Ifa berkata gelekannnya memberi rezeki kepadanya. Menurut Ifa lagi, tiada benda percuma di dunia ini dan dia tidak akan menerima sebarang pekerjaan tanpa dibayar.
Kenyataan Ifa itu mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki yang menegur kenyataan Ifa yang seolah bangga melakukan aksi tersebut.
Ustaz Ahmad Dusuki turut menitipkan pesanan bahawa setiap manusia akan disoal kelak dimana umatnya itu mendapatkan rezeki.
“Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini…” tulisnya.
Terdahulu, Ifa berkata dia menerima apa-apa sahaja undangan majlis untuk membuat persembahan seperti akikah, perkahwinan, birthday, marhaban termasuklah majlis perceraian asalkan dia dibayar.
“Kau Ingat Gelek Aku Free Ke? Semua Gelek Aku Masuk Duit Tau” – Ifa Raziah
Baru-baru ini tular beberapa video di TikTok mengenai sebuah majlis akikah majlis keluarga yang dipercayai ‘scammer’ Macau, Addy Kanna.
Bagaimanapun, apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat penyanyi Ifa Raziah sedang sakan bergelek. Bagaimanapun, Ifa menjelaskan dia bergelek selepas majlis akikah dan telah dibayar untuk membuat persembahan.
Baru-baru ini tular video di TikTok di mana dia diminta netizen untuk bergelek ketika live, namun Ifa Raziah mengatakan dia bukan sesuka hati untuk berbuat sedemikian sebaliknya dia dibayar.
Menurut Ifa lagi, tiada benda percuma di dunia ini dan dia tidak akan menerima sebarang pekerjaan tanpa dibayar.
“Bukan free tau. Aku duduk dalam dunia ini tak ada buat benda free. Semua berbayar. Bukan setiap hari kita untung, ada masanya kita tak untung macam orang berniaga seperti saya. Ada masa yang tak ada show (persembahan), ada masanya saya laris di pasaran di mana saya ada tiga atau empat kali show.
“Tapi, kalau yang masuk ini (siaran langsung di TikTok) ini mahu saya bergelek, suruh menyanyi, benda itu bukannya free tapi berbayar. Kalau masuk duit dalam akaun, saya boleh bergelek. Dengan bayaran, tiada benda free di dunia ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ifa berkata dia menerima apa-apa sahaja undangan majlis untuk membuat persembahan seperti akikah, perkahwinan, birthday, marhaban termasuklah majlis perceraian asalkan dia dibayar.
“Majlis kahwin boleh panggil akak, birthday boleh, marhaban pun boleh. Kau ingat aku boleh menyanyi dangdut sahaja? Tak boleh marhaban? Majlis perceraian kau pun boleh. Kau bayar saja kat aku,” katanya.
Sementara itu, Ifa berkata meskipun ada yang tidak sukakan dirinya, namun sebenarnya ‘haters’ ini mengambil berat tentang dirinya serta isu mengenai dirinya akan dijadikan ‘highlight’ di media sosial.
“Walaupun dia tak suka kita, haters, tapi dia yang ambil berat pasal kita. Apa yang I (saya) buat, dia akan buat jadikan konten dan kongsi di media sosial. Saya hargai tapi dalam masa sama kesian,” katanya
“Saya Bergelek Lepas Majlis Akikah, Dibayar Puluh Ribu” – Ifa Raziah
Baru-baru ini tular beberapa video di TikTok mengenai sebuah majlis akikah majlis keluarga yang dipercayai ‘scammer’ Macau, Addy Kanna.
Bagaimanapun, apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat usahawan kontroversi, Kak KM dan penyanyi Ifa Raziah sedang sakan bergelek.
Memetik Kosmo, Ifa berkata ada dua acara dalam majlis dihadirinya itu iaitu akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan. Jelasnya lagi, dia bergelek selepas majlis akikah dan telah dibayar untuk membuat persembahan.
“Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.
“Lagi pun saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan.
“Saya penyanyi dangdut. Sebagai penyanyi dangdut apa yang saya kena buat ialah menyanyi, menghiburkan dan bergelek. Selama ini gelek yang beri saya makan,” katanya.
Menurut Ifa lagi, isu kononnya dia merosakkan majlis akikah tidak sepatutnya timbul kerana ketika dia membuat persembahan semua ahli agama sudah pulang.
“Ustaz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu. Lainlah kalau saya ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ifa berkata tindakannya bergelek pada majlis tersebut bukan isu besar kerana dia dibayar berpuluh ribu untuk membuat persembahan, serta meminta netizen menonton video penuh di Instagram miliknya.
“Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan,” katanya.
sumber: rotikaya
Leave a Reply