Alif Satar Tolak Lakon Babak Mesra, Bukan Berlagak Alim

Selebriti serba boleh, Alif Satar berkata dia mempratikkan prinsip enggan melakukan adegan mesra atau intim dengan mana-mana pelakon wanita.

Memetik Kosmo, Alif berkata dia bukan berlagak alim sebaliknya menjaga statusnya sebagai suami dan bapa serta mengikut syariat Islam.

“Saya memang mempraktikkan perkara ini dalam kerjaya sebagai seorang pelakon iaitu elak daripada melakonkan babak mesra atau intim. Perkara itu bukan saja-saja saya lakukan tetapi kerana saya seorang Muslim, suami dan ada anak-anak,” katanya.

Alif berkata dia mengakui cabaran untuk melakonkan babak mesra namun dia akan tetap menjaga batas atau dengan berlapik jika melibatkan babak bersentuhan.

“Contohnya, ada babak malam pertama dalam drama Risik Pada Hati baru-baru ini, kami tidaklah lakukan aksi tidak senonoh, hanya beri salam. Sekadar simbolik.

“Penonton drama sekarang ada yang sangat islamik dan mereka sedar batas. Jika mereka kata kurang elok, elakkan daripada melakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, Alif berpendapat setiap pelakon mempunyai cara dan pendirian mereka sendiri namun perlu memikirkan kesan selepas melakukan babak mesra berkenaan.

“Bila cakap begini, orang akan cakap acah-acah alim tetapi ini yang saya praktikkan. Selalunya, saya akan berbincang dengan pelakon lain bagaimana untuk menjayakan babak tersebut.

“Apapun, setiap pelakon mempunyai cara tersendiri dan ikutlah keselesaaan masing masing. Saya pun tak mahu ulas panjang mengenai hal ini,” katanya.

Wanita Kutuk Isteri Alif Satar Tak Lawa


Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan penyanyi Alif Satar menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto bersama isterinya, Shadila Halid.

Alif berkata tona kulitnya hampir sama cerah dengan isterinya gara-gara sudah lama tidak melakukan aktiviti sukan di luar rumah.

Ramai yang memuji pasangan tersebut mempunyai wajah yang hampir sama serta suka melihat pasangan tersebut yang sentiasa romantis meskipun sudah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Namun, muncul seorang netizen ini meninggalkan komen kurang enak yang menegur wajah isterinya kerana melakukan aksi muncung ‘duck face’.

Komen wanita itu mendapat reaksi daripada Alif yang tampil membalas serta meminta individu berkenaan supaya jangan bersikap biadab.

Malah, rata-rata netizen yang lain turut menegur wanita berkenaan jika tiada perkara baik untuk perkatakan lebih baik jangan meninggalkan sebarang komen.

sumber: rotikaya

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*