Penampilan Terbaru Zizie Izette Diperkatakan Ramai

Lama tak dengar cerita tentang Datin Seri Zizie Izette, baru-baru ini perkongsian pelakon itu menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu entri di Instagram, Zizie ada memuat naik foto terbarunya memakai baju dan seluar senada warna ungu terang dilihat semakin kurus dan menawan.

Turut disertakan kapsyen, dimana Zizie memberitahu dia tidak tahu untuk memuat naik foto yang mana satu di Instagram.

Perkongsian Zizie itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis serta netizen yang memuji perubahan pelakon itu.

Malah, ada yang mengatakan Zizie persis anak dara serta seperti gadis muda remaja yang baru habis SPM.

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen yang meminta tips daripada Zizie tips dan rahsia untuk tampil langsing.

Zizie Izette Mengaku Terima Wang RM2.8 Juta


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam diberitahu, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad pernah memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beliau menerima wang pengenalan RM2.8 juta kerana bertindak sebagai ‘introducer’ berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Penguasa Kanan SPRM, Mohd Haris Ibrahim yang juga pegawai penyiasat kes berkata Zizie Izette memaklumkan wang pengenalan itu diterima daripada ejen pelaburan, Norhaili Ahmad Mokhtar semasa rakaman percakapan diambil pada 27 Julai 2016.

“Saya tidak ingat berapa kali Datin Seri Zizie Izette memaklumkan perkara itu (wang pengenalan RM2.8 juta) tetapi memang ada,” katanya.

Dalam prosiding yang laly, Norhaili yang juga perunding unit amanah memberitahu mahkamah Zizie layak menerima wang pengenalan itu Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual dimana Bung Moktar adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu.

Norhaili menjelaskan, sebanyak RM2.2 juta dibayar secara tunai di Public Bank Taman Melawati manakala selebihnya kira-kira RM800,000 dipecahkan dalam bentuk pelaburan yang dibayar semula ke dalam akaun unit amanah Public Mutual milik Zizie.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan suaminya melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh yang sama.

Zizie Izette Terima Wang Tunai RM2.2 Juta


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette menerima wang tunai RM2.2 juta apabila memperkenalkan ejen pelaburan Public Mutual Berhad kepada suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit saham bank tersebut

Memetik laporan Harian Metro, ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid, 43, berkata kebiasaannya wang pengenalan (introduction fee) akan diberikan kepada individu yang memperkenalkan ejen pelaburan kepada pelanggan.

“Kami tidak menetapkan sebarang kadar bayaran (wang pengenalan), namun ia mengikut kepada budi bicara (antara ejen dengan individu). Kami putuskan untuk beri (wang pengenalan) kepada Datin Seri Zizie kerana memperkenalkan kami kepada Datuk Seri Bung,” katanya.

Madhi yang merupakan saksi utama dalam kes itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dan Law Chin How pada perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Bung Moktar dan isterinya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Menceritakan mengenai penyerahan wang pengenalan tersebut kepada Zizie Izette, Madhi berkata beliau dan seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar menyerahkan wang itu secara tunai kepada pelakon itu di Public Bank cawangan Taman Melawati, pada Jun 2015.

“Pada hari tersebut, saya dan Puan Norhaili berada di bank (Public Bank), namun Puan Norhaili berada di bank hanya sekejap sahaja kerana dia ada urusan lain, jadi ketika transaksi wang berlaku, hanya tinggal saya dan Datin Seri Zizie berada di bank sehingga transaksi selesai.

“Pembayaran wang pengenalan itu dibuat dengan cara saya mengeluarkannya (wang) dalam bentuk cash (tunai) dan pihak Public Bank menyerahkannya kepada Datin Seri Zizie,” katanya.

Madhi berkata sebelum penyerahan wang tersebut, pihak bank memaklumkan bahawa jumlah wang yang beliau mahu keluarkan tidak mencukupi dan hanya boleh mengeluarkan RM2.2 juta sahaja.

Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya berapa jumlah wang yang diminta saksi itu sehinggakan pihak bank memberitahu wang yang diminta tidak mencukupi, Madhi menjawab “Saya tak ingat berapa wang yang kami minta, tapi jumlah wang tunai yang dikeluarkan oleh Public Bank adalah RM2.2 juta.

Law: Sebelum ini kamu (Mahdi) kata akan bayar wang pengenalan kepada Datin Seri Zizie sebanyak RM2.5 juta ke atas, dan pihak bank hanya boleh keluarkan RM2.2 juta, jadi bagaimana dengan wang selebihnya?

Mahdi: Yang selebihnya dibayar kepada Datin Seri Zizie dengan cara membuka akaun pelaburan dengan Public Mutual Berhad seperti yang diminta oleh Datin Seri Zizie.

Saksi itu berkata bagi membuka akaun pelaburan atas nama Zizie Izette, beliau dan Norhaili perlu menyerahkan baki wang pengenalan itu dalam bentuk cek atas nama Public Mutual berjumlah lebih RM200,000 dan satu lagi cek lebih kurang RM600,000 hingga RM700,000.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 63, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 43, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

sumber: rotikaya

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*