Netizen Kutvk Leher Berkerak, Fatin Afeefa Menangis Ketika Live

Tidak dinafikan, di zaman teknologi dan semuanya di hujung jari, sikap pengguna media sosial juga semakin menjadi-jadi apabila sewenangnya melemparkan kata-kata negatif kepada orang lain.

Seperti yang dilalui oleh pelakon Fatin Afeefa baru-baru ini yang menangis apabila ada netizen mengutuk lehernya berkerak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh netizen di aplikasi TikTok, difahamkan ketika itu Fatin sedang membuat tutorial makeup secara live di TikTok.

Dapat didengar menerusi video itu, Fatin menahan sebak sehingga terhenti seketika tutorial yang dilakukan ketika itu.

Perkongsian video itu mendapat pelagai reaksi daripada netizen yang sedih dan kasihan di atas apa yang dilalui pelakon itu.

Diruangan komen, ada netizen mengatakan Fatin memberitahu dia mempunyai duit untuk melakukan rawatan supaya garisan dilehernya hilang, namun pasti akan ada yang berkata dia mengubah ciptaan Tuhan.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan mereka pernah bertemu dengan pelakon itu secara depan-depan dan memuji Fatin sememangnya cantik.

Fatin Afeefa Dipuji Tengah Tidur Pun Cantik


Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa ada memuat naik fotonya sedang lena tidur ketika berada di set penggambaran.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai rata-rata rakan artis dan netizen memuji pelakon itu tetap cantik meskipun sedang tidur.

Malah, netizen memuji Fatin tetap maintain cantik tidur di khalayak ramai meskipun kedua gambar itu pelakon itu dilihat tidur dengan mulut yang terbuka.

Tidak kurang juga ada yang bertanyakan tips bagaimana pelakon itu rasa yakin tidur untuk di khalayak ramai. Tapi, kalau dah cantik, tidur ternganga pun tetap cantik. Betul tak?

Dah la cantik, suara sedap dan boleh menyanyi dalam keadaan baring, duduk dan meniarap. Untungnya siapa yang dapat jadikan Fatin sebagai isteri.

“Terpulang Bekas Suami Nak Kahwin Dengan Fatin Afeefa Pun…”


Baru-baru ini timbul desas desus percintaan bekas suami pelakon Nadia Brianiaitu Muizz Nasruddin dengan pelakon Fatin Afeefa.

Nadia berkata urusam jodoh bekas suaminya itu tiada kena mengena lagi dengan dirinya, malah dia juga  berlapang dada jika ahli perniagaan itu bertemu jodoh dengan selebriti mahupun rakan seperjuangannya.

“Terpulang dia (Muizz) nak berkawan dan berkahwin dengan siapa waima dengan Fatin sekalipun. Jodoh itu merupakan rahsia Allah. Saya sendiri tak sangka berkahwin dengan Muizz, namun akhirnya terpaksa berpisah. Dah namanya jodoh, kita tak tahu,” katanya

Dalam pada itu, Nadia berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu serta berharap Muizz juga mendoakan yang baik-baik untuk dirinya juga.

“Saya dengan Muizz tiada masalah dan tidak berdendam antara satu sama lain. Saya doakan yang terbaik buat dia dan buat semua orang. Saya juga berharap dia mendoakan yang baik-baik buat diri saya.

“Dia nak mengurat siapa, itu hak dia. Saya juga mempunyai hak sama sebab saya tidak lagi berstatus isterinya dan dia bukan lagi suami saya,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Muizz dikatakan cuba mengurat Fatin Afeefa yang memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia sedang me­lakukan kerja di hadapan komputer riba.

Nadia pernah berkahwin dengan Muizz pada 9 November lalu. Kemelut rumah tangga mereka hangat diperkatakan sebelum ini sebelum pasangan itu bercerai talak satu pada 3 April 2021.

Bekas Suami Nadia Brian Nak Mengorat Fatin Afeefa?


Hampir lima tahun menjanda, pelakon Fatin Afeefa dilihat semakin cantik meskipun bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit pelakon itu yang didakwa bercinta dengan suami orang, namun isu itu sudah senyap pula.

Baru-baru ini, Fatin ada memuat naik gambarnya sedang melakukan kerja di hadapan sebuah laptop berserta kapsyen “One day, or day one? you decide,” tulisnya.

Perkongsian Fatin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan pelakon itu. Namun apa yang menjadi perhatian adalah satu komen daripada bekas suami pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin.

Adakah Muizz ada hati dengan Fatin atau cuba mengorat pelakon itu? Atau mungkin hanya sekadar pertanyaan sahaja. Masing-masing pun tengah solo, apa salahnya mencuba?

April tahun lalu, Nadia Brian akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muizz Nasruddin. Terdahulu, pergolakan rumah tangga pelakon itu hangat diperkatakan selepas Muizz membuat pendedahan mengejutkan mendakwa isterinya berlaku curang dengan dua lelaki.

sumber: rotikaya

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*