Elyana Akui Tidak Lagi Berhijab

Selepas memuat naik gambarnya tidak berhijab tempoh hari , penyanyi Elyana membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Memetik Utusan Online, Elyana berkata dia sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan tersebut serta berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Saya sudah fikir semasak-masaknya. Inilah saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan selama ini. Jika anda masih lagi mahu mendoakan saya, saya harap doa yang baik itu berbalik kepada anda.

“Baik buruknya, saya yang akan tanggung. Jika anda boleh terima diri saya, Alhamdulillah. Jika tak boleh, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana inilah saya,” katanya.

Enggan peduli dengan kecaman dilemparkan netizen, Elyana berkata tiada keperluan untuknya menjelaskan mengenai tindakannya itu.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka (netizen) tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itu macam-macam cerita tidak masuk akal yang akan timbul.

“Jadi, demi menjaga tatasusila, jiwa, persekitaran saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang langsung tidak mahu memahami,” katanya.

Dalam pada itu, Elyana berkata dia sudah penat untuk menjaga hati orang lain dan kini dia hanya mahu fokus pada jiwanya sendiri.

“Dalam hidup saya tidak pernah rasa penyesalan. Cuma apa yang boleh saya katakan, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa saya.

“Sebelum ini saya hanya mementingkan jiwa dan hati orang sehinggakan saya terlupa tentang diri saya. Jadi, sekarang ini saya akan buat apa yang saya terfikir nak buat,” katanya.

Elyana Kembali Tak Bertudung?


Perkongsian terbaru penyanyi Elyana menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik sekeping gambar memaparkan dirinya tidak bertudung di Instagram.

Menerusi entri itu, Elyana mengenakan ‘hoodie’ dan berseluar jeans yang dilihat beberapa bahagian terkoyak, namun tidak lagi berhijab.

Turut menjadi perhatian, baju yang dipakai olehnya itu tertulis ‘jadi diriku’. Malah, Elyana turut menutup ruangan komen perkongsian itu.

Sebelum ini, Elyana ada memuat naik paparan perbualan individu yang cuba memberi nasihat kepadanya namun menghina dirinya serta menuduhnya sengaja mencari simpati.

Pada Disember tahun lalu, Elyana berkongsi khabar gembira akhirnya bebas daripada kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang.

sumber: rotikaya

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*