
Bukan kali pertama diper.katakan, baru-baru ini tular video memaparkan aksi mesra aktres Ruhainies dengan aktor berbadan sasa, Zul Ariffin.
Menerusi vid.eo yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, terlihat momen dimana Zul memegang lengan Ruhainies dan seolah berbisik sesuatu sebelum berlalu pergi.
Difahamkan Ruhainies dan Zul Ariffin menghadiri majlis Ralph Lauren, kedua-dua mereka sedang sibuk bergambar dengan peminat.
Video tul.ar itu mendapat pelbagai reaksi daripada neti.zen dan ada yang membuat spekulasi kedua pelakon itu sudah berkahwin.
Malah, ada netizen mendakwa keakraban mereka seperti pasangan suami isteri apatah lagi dilihat sangat mesra.
Hujung tahun lalu, Kelab Peminat Zul Ariffin (ZAFC) tampil menyan.gkal dakwaan bahawa pelakon berbadan sasa itu sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti wanita.
Zul Ariffin Manja Baring Atas Pe.ha Ruhainies, Netizen Te.gur Jaga Batas
Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Ruhainies berkongsikan video menampilkan aktor sensasi, Zul Ariffin sebagai pasangan seperti berada dalam majlis perkahwinan.
Bagaimanapun, video tersebut hanya hanyalah gimik untum mempromosikan satu produk. Namun, selepas seminggu berlalu, seorang pengguna TikTok ada memuat naik video disebalik tabir pembikinan video itu.
Apa yang menjadi perha.tian, video tersebut memaparkan ak.si ‘romantis’ Zul bersama Ruhainies dimana aktor itu dilihat baring di atas peha aktres berkenaan sambil melelapkan mata.
Menerusi video itu, Ruhainies dilihat tersenyum sebelum menepuk manja lengan aktor terbabit seolah-olah membiarkan lelaki itu agar dapat tidur lena.
Seperti sudah dijangka, video itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengkritik tindakan kedua pelakon itu yang seolah tidak menjaga batas pergaulan.
Tidak kurang juga, netiz.en berteka-teki sama ada mereka sudah mendirikan rumah tangga ataupun tidak kerana dilihat sangat selesa antara satu sama lain.
Terdahulu, kecoh di media sos.ial mengenai kontroversi Zul Ariffin yang memuat naik sedutan babak panas bersama pelakon baru Siti Hariesa sehingga dikecam teruk netizen.
Bukan Kahwin, Video Zul Ariffin Kejar Ruhainies Hanya Gimik
Baru-baru ini perkongsian video oleh Ruhainies menjadi bualan ramai memaparkan aktres itu memakai inai di jari dan berlari gembira dikejar oleh jejaka misteri dari belakang.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila timbul dakwaan jejaka dalam video itu dikatakan mirip pelakon kontroversi, Zul Ariffin.
Bagaimanapun memetik mStar, segalanya terjawab apabila lelaki dalam video itu sememangnya pelakon Zul Ariffin, namun ia hanyalah gimik untuk mempromosikan produk dan bukan majlis kahwin seperti yang disangka netizen.
“Ya jejaka misteri dalam video yang dimuat naik di Instagram kelmarin ialah Zul Ariffin. Sebenarnya masa saya muat naik video itu, ramai yang sudah meneka dia.
“Tapi dakwaan yang mengatakan kami sudah berkahwin atau bertunang adalah tidak benar. Saya dan Zul hanya berkawan baik dan dia antara kenalan selebriti yang saya rapat.
“Selepas video ini tular saya baru sedar yang sebenarnya ramai nak tengok saya naik pelamin. Alangkah seronok kalau hari ini adalah hari bahagia itu. Apapun saya serah soal jodoh kepada takdir. Kalau jodoh sampai awal, cepatlah saya kahwin,” katanya.
Dalam pada itu, Ruhainies turut memohon maaf jika perkongsiannya itu menggores hati ramai pihak. Ujanrya, dia juga tidak pernah memaklumkan dia ingin berkahwin atau bertunang.
“Janganlah rasa tertipu sebab saya tidak pernah beritahu yang saya nak berkahwin atau bertunang. Video yang dimuat naik itu pun saya tak terangkan apa-apa, sebaliknya hanya mengambil konsep Bollywood.
“Saya pilih Zul kerana pada mata saya dia adalah hero yang paling tepat. Tak lengkap sesebuah jalan cerita tanpa hero. Ibaratnya kalau sudah ada Anjali, kenalah ada Rahul,” katanya.
sumber: rotikaya
Leave a Reply