Ryan Bakery Rasmikan Cawangan BubbleBee, Sahabat Baik Menangis Terharv

Sebut saja nama Ryan Bakery, pasti ramai tahu pemuda itu sering tampil dengan yang video mengimbau zaman kanak-kanak dan persekolahan sehingga mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

Malah, hasil daripada kerja kerasnya itu, Ryan berpeluang bekerjasama dengan pelawak Shuib Sepahtu untuk merasmikan satu lagi francais BubbleBee di Seri Iskandar, Perak.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuib ada memuat naik video Ryan memotong reben perasmian di cawangan Seri Iskandar disaksikan para pelanggan, peminat serta sahabat-sahabat.

Apa yang menjadi perhatian, ramai yang sebak melihat sahabat Ryan iaitu Wanchai yang menangis terharu melihat kejayaan rakan baiknya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sebak melihat hubungan akrab dua sahabat itu serta mengucapkan tahniah kepada Ryan di atas kejayaannya itu.

Ryan Bakery Terharu Konten Video Disukai Ramai

Sebut saja nama Ryan Bakery, pasti ramai tahu pemuda itu sering tampil dengan yang video mengimbau zaman kanak-kanak dan persekolahan sehingga mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

Malah, Selasa lalu pemuda berusia 28 tahun itu dijemput ke program MeleTOPsekaligus mendapat pujian ramai.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Ryan menzahirkan rasa terharu dengan sokongan diterima selepas muncul di kaca televisyen.

“Sejujurnya saya terharu sangat sangat…Saya tak mampu nak repost satu persatu story awak semua…Saya hargai sangat sangat…

“Awak semua baik sangat dengan saya.Saya balik kampung je nanti, kita sambung konten nostalgia!!” tulisnya.

Beberapa hari lalu, sesi live Ryan Bakery di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila mendapat hadiah luar biasa daripada seorang pengguna pemurah dikenali Sultan Pemurah.

Teruja dengan hadiah istimewa diterimanya, Ryan berkongsikan kegembiraan bersama tunangnya yang secara kebetulan menghubunginya ketika itu. Ryan berkata wang daripada gift tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

“Tak Perlu Gedik, Pakai Seksi, Lawak Double Meaning, Tapi Views Mereka Berjuta”