Menjawab Kata Kata Wargan3t, Biarlah Saya Nak Post Apa Pun, Sampai Masa Nanti Saya Tunjuk – Neelofa

Perkongsian selebriti popular, Neelofa di Instagram mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar anak sulungnya, Muhammad Bilal yang sudah mencecah enam bulan.

Menerusi entri itu, Neelofa mendoakan yang terbaik buat anaknya itu begitu juga buat anak-anak kecil lain diluar sana.

Ramai menantikan untuk melihat wajah anak pasangan popular Neelofa dan PU Riz itu, namun foto tersebut masih tidak memperlihatkan wajah Bilal.

Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa geram melihat tangan Bilal yang gebu serta memiliki kulit yang putih gebu.

Sementara itu, komen daripada seorang netizen ini menjadi perhatian Neelofa yang mengatakan tiada guna berkongsikan gambar tapi seakan ‘sorok’ muka.

Membalas komen individu itu, Neelofa berkata sampai masa nanti dia akan dedahkan wajah anaknya kepada umum.

“Biarlah saya nak post apa pun, sampai masa nanti saya tunjuk,” tulisnya.

Terdahulu, Neelofa meminta sedikit waktu lagi untuk berkongsikan wajah anaknya. Ujarnya, sebagai ibu dia mahukan yang terbaik meskipun ada yang menjadikan isu penyakit ‘Ain sebagai bahan gurauan.

Netizen Teruja Neelofa Hampir Dedah Wajah Bilal

Usia Muhammad Bilal kini sudah mencecah enam bulan, sememangnya ramai yang menantikan untuk melihat wajah anak sulung kepada selebriti terkenal, Neelofa.

Baru-baru ini, Neelofa dilihat ada memuat naik video anaknya itu sedang makan menerusi Insta Story miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh peminat, Bilal dengan bersemangat menepuk-nepuk meja dipercayai ketika sedang diberi makan.

“Makanan pertama. Habis dia penyek (makanan) dengan tangan sadonya,” tulis Neelofa.

Meskipun wajah Bilal belum didedahkan sepenuhnya, namun ramai peminat teruja melihat perkembangan anak sulung pasangan Neelofa dan PU Riz itu.

Dalam pada itu, di ruangan komen ada yang meneka Bilal seperti anak ‘mat saleh’ kerana memiliki kulit yang putih dan berambut perang.

Sementara itu, semalam Neelofa dilihat memuat naik gambar anaknya di Instagram sekaligus memberi ‘hint’ wajah comel anaknya. Menerusi perkongsian itu, Neelofa meluahkan rasa mengenai anaknya yang kini genap berusia enam bulan.

Seperti sudah dijangka, perkongsian foto  itu membuatkan ramai teruja dengan kecomelan anak Neelofa dan PU Riz itu serta mendoakan Bilal menjadi anak yang soleh.  Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa geram melihat tangan Bilal yang gebu serta memiliki kulit yang putih.

Hampir lima bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Bagaimanapun, Neelofa meminta sedikit waktu lagi untuk berkongsikan wajah anaknya. Ujarnya, sebagai ibu dia mahukan yang terbaik meskipun ada yang menjadikan isu penyakit ‘Ain sebagai bahan gurauan

“Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘Ain. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.

“Malah hal ini di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi saya mungkin boleh melangkaui takdir.

“Saya buat ini (belum dedah wajah anak) walau orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukan saya nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.

“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut berterima kasih kepada pihak atau selebriti yang bersetuju dengan tindakannya itu. Ujarnya lagi, apa yang dilakukannya itu juga adalah untuk menjaga kesihatan mental anak apabila semakin dewasa kelak.

“Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi yang mana dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.

“Apa yang dilakukan ini juga untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga,” katanya.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, PU Riz pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari lalu.

sumber: rotikaya