Dua tahun lalu dia ada cakap suruh saya berlakon, jangan duduk rumah. – Puteri Sarah

Empat tahun menyembunyikan mengenai masalah rumah tangganya yang dikatakan berpunca daripada kehadiran orang ketiga iaitu, Ira Kazar bukan mudah buat pelakon Puteri Sarah.

Memetik Oh Bulan, bagaimanapun Puteri Sarah berkata bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam pernah menghalang dirinya duduk di rumah dan terus meratap dengan apa yang berlaku. Katanya lagi, kekuatannya untuk bekerja sejak dua tahun lalu datang daripada bapa mentuanya.

“Dua tahun lalu dia ada cakap suruh saya berlakon, jangan duduk rumah.. menangis dan makan hati. Fokus dekat penggambaran dan jaga anak-anak. Masa mula-mula saya nak buat, memang tak ada kekuatan, rasa takut. Bila dah mula kerja, jadi ketagih asyik back to back.

“Saya nak jadi Sarah yang dahulu maksudnya yang bekerja dan ada konfiden dengan diri sendiri,” katanya.

Ditanya adakah anak-anak memahami situasi sebenar, Puteri Sarah berkata mereka tidak tahu dan dia memilih untuk merahsiakan.

“Anak-anak sampai sekarang tak tahu. Masa saya pergi Singapura, saya tinggalkan anak-anak dengan datuk dan datin. Jadi mereka fikir pergi jumpa atuk, nenek dan sepupu.

“Alhamdulillah mereka dikelilingi orang-orang yang positif dan supportive itu yang saya perlukan. Saya tak nak mereka hidup dengan toksik jadi saya keluarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah mengakui sebak apabila ibu dan bapa mentuanya itiau Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail tampil bersuara mengenai isu tersebut.

“Saya gembira sebab selama keluarkan kenyataan, saya ingatkan seorang diri. Netizen asyik cakap saya saja yang bersuara dan sebar aib.

“Saya tahu Datuk dan Datin sokong tetapi mereka tak pernah bersuara sehingga hari Syaikhul (anak sulung) dimasukkan ke hospital. Masa itu, saya tahu saya tidak berjuang sendirian. Saya rasa disayangi dan terjaga,” katanya.

“Puteri Sarah Tak Heran Pun Dengan Kekayaan Suami” – Pengurus

Sejak sebulan lalu, kontroversi rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarahdan Syamsul Yusof menjadi perhatian di media sosial.

Malah, baru-baru ini Puteri Sarah memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang netizen selepas memuat naik hantaran didakwa berunsur fitnah.

Bagaimanapun, individu itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka minggu lalu serta tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berkaitan pelakon itu.

Terbaru, perkongsian Insta Story Puteri Sarah menjadi perhatian apabila pengurusnya, Emi Mat Rozekhi tampil bersuara mengenai netizen yang bercakap tidak benar mengenai rumah tangga aktres itu.

Menerusi Insta Story miliknya, Emi mengingatkan netizen di luar sana supaya berhati-hati sebelum menulis komen.

Dalam pada itu, Emi turut menyelar tuduhan netizen mendakwa Puteri Sarah enggan bercerai kerana kekayaan suaminya sedangkan dia tahu selama ini aktres itu bekerja keras.

“Saya yang duk kira duit dia. Saya tau la dia tak heran (kisah) pun title ‘kaya’ tu. Tetapi dia bekerja sangat keras untuk berada di tempat dia sekarang.

“Tahap kerajinan dia boleh kalah orang lain. Mak tabik yang tu sangat-sangat. Jadi yang tak tau, jangan main redah tulis sampai makan diri,” tulisnya.

Individu Fitnah Puteri Sarah Akhirnya Mohon Maaf Secara Terbuka

Semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang netizen selepas memuat naik hantaran didakwa berunsur fitnah.

Terbaru, individu itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka malam tadi. Individu itu memohon maaf kepada pelakon itu selepas menerima LOD (Letter Of Demand).

Menerusi kenyataan maaf itu, individu berkenaan berkata dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi berkaitan Puteri Sarah mahupun keluarganya.

Terdahulu, Sarah berkata tindakan itu diambil sebagai satu pengajaran kepada netizen diluar sana tidak membuat spekulasi tanpa bukti kukuh.

Menerusi entri itu, Sarah turut berkongsikan kenyataan individu tersebut yang memburukkan dirinya mengenai rumah tangganya.

Dituduh Tak Nak Cerai Sebab Suami Kaya, Puteri Sarah Saman Netizen

Perkongsian terbaru Puteri Sarah menjadi perhatian apabila memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang individu yang didakwa bercakap tidak benar mengenai dirinya di media sosial.

Sarah berkata, tindakan itu diambil sebagai satu pengajaran kepada netizen diluar sana tidak membuat spekulasi tanpa bukti kukuh.

“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan dgn apa yang korang lihat dan dengar tanpa bukti yang kukuh. Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Sarah turut berkongsikan kenyataan individu tersebut yang memburukkan dirinya mengenai rumah tangganya.

“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia,” tulis komen berkenaan.

Sarah juga memuat naik notis saman terhadap individu itu di Instagram menerusi peguamnya, Natasha Basheer and Associate.

Perkongsian Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan sokongan kepada pelakon itu serta bersetuju dengan tindakan saman berkenaan.

Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Bermaksiat 4 Tahun…” – Puteri Sarah

Sejak bulan lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tanggannya iaitu Ira Kazar.

Baru-baru ini, Puteri Sarah dilihat ada membalas komen seorang netizen di Instagram Xtra mengenai kemampuan suamiya berpoligami.

Individu itu meminta pelakon tersebut menerima hubungan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar memandangkan pengarah itu mampu untuk berkahwin lagi.

“Mampu, nak kahwin lagi, kahwin je lah… Netizen tak payah sibuk. Puteri Sarah terima jelah, Islam izinkan,” tulis individu itu.

Tampil menjawab komen tersebut, Sarah meminta individu itu membezakan antara kahwin dengan dengan bermaksiat selama empat tahun.

Minggu lalu, Puteri Sarah membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi).

Ia berkaitan dengan gangguan ketenteraman dirinya (kes sivil) selain menganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.

sumber: ohbulan

Apa Pen dapat Anda? Dah Ba.ca, Jangan Lupa Ko.men Dan Share Ya. Terima Kasih. J0m Tekan Like Pa.ge Kami Di Bawah Artikel ni.

PER HAT|AN: Pi.hak kami tidak akan ber.tanggungjawab langsung ke atas komen komen yang di berikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang ter lebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga ki.sah ki.sah lain yang menarik dan menghibur kan di bawah ini yang dikongsi kan seperti berikut.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*