
Baru-baru ini, ada netizen mengatakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dilihat sesuai dengan pengarah terkenal, Michael Ang sehingga ada yang mendoakan agar mereka berjodohan.
Memetik mStar Online, Vida berkata dia perlu memikirkan banyak perkara untuk meneruskan hasrat tersebut kerana kedua mereka memiliki personaliti berbeza.
“Saya rasa dengan Michael Ang tu kena fikir dua kali sebelum kahwin. Sebab nanti nak kahwin dengan Michael Ang macam mana… dia dan saya mulut laser tak sempat apa periuk dah berterbangan. Gaduh baik, gaduh baik… begitu tak bolehlah bila jadi laki bini,” katanya.
Dalam pada itu, Vida berkata dia kini lebih selesa hidup sendiri tambahan pula anak-anaknya tidak mengizinkannya untuk berkahwin lagi.
“Kacak tak setuju saya kahwin. Cik B tak izinkan saya kahwin lagi. Belum waktunya lagi..walaupun sekali ketik sepuluh mari. Sangat selesa nak buat apa pun boleh… tidur bangun pukul berapa pun tiada masalah,” katanya.
DSV Tunjuk Michael Ang Tumbler Mewah RM7,000
Perkongsian terbaru usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video bersama pengarah terkenal, Michael Ang.
Menerusi video itu, Vida dilihat sedang menunjukkan tumbler jenama mewah miliknya berharga ribuan ringgit kepada Michael.
“Michael Ang tak puas hati DSV beli tumbler RM7000,00. Time to show off, bukan senang DSV nak tunjuk barang rare dia beli tau,” tulisnya.
Menurut Vida lagi, model berkenaan hanya ada satu unit sahaja di Malaysia dah sudah lima bulan dia membelinya.
Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat gelagat kedua mereka itu. Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan Vida dan Michael dilihat sesuai dan sepadan serta ada yang mendoakan agar mereka berjodohan.
Tudung Berlambak Sampai DSV Tak Tahu Mana Mahal, Mana Murah
Baru-baru ini, perkongsian usahawan kosmetik Datuk Seri Vida menjadi perhatian ramai apabila menyelongkar koleksi tudungnya daripada pelbagai jenama.
Memang rambang mata tengok koleksi tudung Vida. Mana tidaknya, kebanyakannya daripada jenama mewah terkenal.
Difahamkan, Vida menyelongkar koleksi tudungnya sebanyak 200 helai itu untuk diberikan kepada pembeli produknya yang terpilih.
Sambil selongkar, Vida sempat berceloteh dimana dia akan tertekan setiap kali menyiapkan persalinannya yang perlu ‘matching; setiap kali menghadiri tugasan di luar kawasan.
“Kalau saya outstation saya memang stres gila sebab nak cari semua yang ‘matching’. Sebab itu semua warna, rekaan tudung saya beli. Tapi masa nak punggah tu azabnya,” katanya.
Malah, Vida berkata ada tudung yang dibelinya sejak sekian lama belum pun dipakai. Katanya lagi, melihat koleksi tudungnya yang terlalu banyak dia tidak tahu mana yang murah dan mahal.
“Saya ni sebenarnya gemarkan tudung. Ibarat kata macam-macam jenis tudung saya suka beli, suka buat sebagai selimut, buat tengok TV. Ini tudung Dior, RM7,000.
“Dia bercampur macam perut lembu dalam kotak. Ada yang dah macam perut lembu dalam ni (almari). Saya pun tak tahu mana yang murah dan mahal, tapi kita pilih secara rawak hadiahkan tudung saya ni,” katanya.
Itu Cara Saya Tayang Kekayaan Aset Selain Duit” – DSV
Baru-baru ini hangat diperkatakan video memaparkan usahawan kosmetik dan selebriti sensasi menari di TikTok dan menepuk punggung di khalayak ramai sehingga dikecam teruk.
Tampil mempertahan tindakannya itu, memetik Kosmo!, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata meskipun sudah berusia namun tidak bermakna tidak boleh menayang ‘aset’.
“Itu cara saya tayang kekayaan ‘aset’ selain duit. Mempunyai punggung yang cantik sebenarnya aset juga.
“Terpulang orang punya penerimaan tapi kita walaupun sudah berumur tak bermakna, tak boleh tayang aset kita, lagi pun itu video kita bergurau dengan rakan-rakan kita yang rapat,” katanya.
Jelasnya lagi, video itu hanya gurauan dengan rakan-rakan sahaja serta menafikan dakwaan dirinya seorang yang jahil tentang agama.
“Ada duit tak guna kalau kendur sini sana. Saya bukan jahil tentang agama tapi tolonglah jangan pandang negatif sahaja. Sikit-sikit nak kecam saya.
“Bergurau dengan rakan-rakan sahaja bukannya saya berjoget terkinja-kinja pun. Ada orang beri nasihat, saya terima dan kita belajar sama-sama kesilapan yang telah terjadi,” katanya.
sumber: rotikaya
Leave a Reply