
Baru-baru ini, jurusolek profesional, Khir Khalid ada memuat naik gambar pelakon Sharifah Rose yang menjadi perhatian ramai.
Difahamkan, foto Sharifah Rose yang telah disolek olehnya untuk photoshoot sebuah jenama perhiasan barang kemas terkenal.
Menerusi gambar itu, Sharifah Rose dilihat memakai turban sekaligus ada netizen menegur pelakon itu tidak menutup aurat dengan sempurna. Diruangan komen, ada yang bertanyakan sama ada pelakon itu sebenarnya bertudung atau tidak.
Tidak hanya berdiam diri, Khir membalas komen-kome netizen itu dengan menyifatkan ia bukanlah masalah mereka.
Meskipun ada yang kurang senang dengan penampilan Sharifah Rose, namun ramai selebriti dan netizen memuji hasil kerja jurusolek profesional itu.
Kerap Jadi Heroin, Sharifah Rose Anak Emas Stesen TV?
Masih baru dalam dunia lakonan namun pelakon Sharifah Rose dilihat sering muncul sebagai heroin. Setakat tahun ini, Rose tampil sebagai heroin dalam dua drama.
Susulan itu, ada yang mendakwa Sharifah Rose sebagai anak emas stesen televisyen kerana dilihat kerap menjadi heroin. Menafikan dakwaan itu, Rose berkata tawaran yang diterima adalah rezeki yang sudah tertulis.
“Nak cakap anak emas bukanlah anak emas pun… mungkin first drama dengan Redza Rosli iaitu Kekasih Hati Mr Bodyguard dapat banyak perhatian penonton dan dari situ stesen tv nampak saya dan daripada situlah kerjaya saya mula berkembang.
“Do You Love Me, Captain? drama ketiga saya jadi heroin, saya anggap semua ini adalah rezeki Alhamdulillah,” katanya.
Meskipun ada yang mengkritik mengenai lakonannya, bagaimanapun Rose tidak sesekali patah semangat. Malah dia terus belajar untuk memantapkan mutu lakonannya.
“Memang dari dulu saya tak pernah ambil hati bila lakonan saya dikritik sebabnya kadang-kadang saya ada buat salah yang saya sendiri tak perasan. Saya rasa dah buat yang betul tapi mereka nampak ada salah sebab kita tak nampak bila diri kita dalam screen.
“Dari situ saya belajar untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Macam kali ini saya bergandingan dengan Ali, kami sama-sama masih baharu jadi kami banyak belajar di antara satu sama lain,” katanya.
SUMBER: ROTIKAYA
Leave a Reply