
Sebelum ini kec0h bila semua gambar IG adik Neelofa, Ameera Khan dah hilang, semua dip4dam, kosong!
Tiada penjelasan daripada empunya badan, namun baru-baru ini Neelofa tampil memberikan jawapan.
“I want to take a break kak for a while,” begitulah kata Ameera kepada Neelofa.
Neelofa kata adiknya sedang berehat untuk memberi ruang masa kepada diri sendiri.
“Benda ini kan sudah few times jadi. Cuma biasalah… kalau ditanya dari sudut saya sebagai kakak, bagi saya dia sedang membesar. Malah situasi dia dalam proses itu berbeza berbanding zaman saya.
“Maksudnya, dia dapat perhatian itu awal berbanding kita. Ketika umur belasan tahun sudah terima perhatian. Mungkin dia tidak berkesempatan untuk ke belakang sejenak, tengok dan nilaikan balik atau apa yang perlu diperbaiki, macam tu.
“Benda begitulah saya rasa membuatkan dia berhenti sekejap (media sosial). Tidaklah bermakna dia ‘frust’ tidak. Ia hanya personal journey. Dia pun ada bertanya saya begitu begini,” katanya kepada Media Hiburan.
Tambah Neelofa, adiknya sedang melalui proses mengenali diri.
“Lebih kepada cara dia untuk mengenal, perbaiki diri pada usia begitu. Mungkin dia tengah mencari apa yang terbaik untuk dirinya.
“Kalau saya yang ulas pun mungkin ia bukan jawapan tepat, hanya dia yang tahu jawapan sebenar.”
Malah Ameera juga banyak bertanyakan hal berkaitan rohani.
“Ia lebih kepada macam persoalan agama. Dia banyak bertanya pasal aurat, hukum hakam. Jadi apa yang saya tahu, saya kongsi.
“Kalau sebaliknya, saya rujuk kepada mereka yang lebih arif.”
Mungkin selepas berjaya mengenali diri Ameera akan tampi berniqab macam Neelofa, tak gitu?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
sumber: Teh Tarik Kaw
Ameera Khan Padam Semua Gambar Di Instagram, Peminat Tanya Apa Jadi?
Di antara adik-beradik selebriti Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular.
Malah, boleh dikatakan Ameera sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan bergelar seorang selebriti.
Bagaimanapun, baru-baru ini Instagram Ameera menjadi perhatian apabila dipercayai telah memadam semua gambar yang pernah dumuat naik sebelum ini.
Hasil tinjauan mendapati, tiada langsung gambar pada platform tersebut serta gambar profile juga dilihat kosong.
Tiak dapat dipastikan sama ada gambar-gambar tersebut yang dimuat naik sebelum ini telah dipadam atau pun diarchive.
Susulan itu, di laman Twitter ada segelintir peminatnya tertanya-tanya yang telah terjadi pada Instagram Ameera serta meluahkan rasa rindu untuk melihat perkongsian adik kepada Neelofa itu.
Setakat ini tidak dapat dipastikan punca Ameera berbuat demikian. Apa pun kita nantikan saja perkembangan terbaru Ameera.
Terdahulu, ibunya iaitu Datin Noor Kartini mengakui anak perempuannya itu masih belum berhijab penuh serta masih dalam proses memperbaiki diri.
sumber: rotikaya
Leave a Reply