Perkongsian bekas pelakon Sarah Hildebrand menjadi perhatian apabila memuat naik foto seolah memberi gambaran menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat.
Menerusi entri itu, Sarah berkongsikan gambarnya sedang bersalaman dengan seorang pegawai tentera serta keputusan skor yang diperoleh dalam ujian ketenteraan. Dalam perkongsian itu, Sarah turut menulis kapsyen,”Semuanya tidak mustahil”.
Perkongsian Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta tertanya-tanya adakah bekas pelakon itu menyertai pasukan tentera disana.
Sementara itu, dalam satu perkongsian lain Sarah memuat naik video memaparkan dirinya bersama dua lelaki sedang berikrar.
Terdahulu, Sarah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni selepas tujuh tahun bergelar pelakon.
Sarah Hildebrand Kongsi Gambar Pakai Coli Buat Netizen Tergamam
Meskipun sudah mengumumkan mengenai pengunduran daripada dunia seni selepas tujuh tahun bergelar pelakon, namun Sarah Hildebrand tetap menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, perkongsian Sarah mengejutkan ramai apabila memuat naik fotonya memakai pakaian dalam (bra) dan seluar pendek (boxer) di hadapan cermin.
Seperti sudah dijangka, foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang hilang kata-kata apatah lagi sebelum ini Sarah membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung, namun kini terdedah.
Malah, ada yang bertanyakan bahawa pelakon itu hanya berhijrah keluar negara bukan menukar agama. Komen netizen itu dibalas oleh Sarah bahawa dia tidak keluar dari agama Islam. Dalam pada itu, di ruangan komen ada segelintir netizen mendoakan yang baik-baik sahaja buat Sarah.
Terdahulu, Sarah meluahkan rasa kesal apabila ada netizen yang memanggilnya ‘perempuan sundal’ kerana berkahwin dengan jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen.
Dipanggil Perempuan Sundal, Sarah Hildebrand Nekad Berhijrah Ke Luar Negara
Pada April lalu, Sarah Hildebrand mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni selepas tujuh tahun bergelar pelakon.
Bagaimanapun, Sarah tetap lagi menjadi perhatian ramai terutama netizen yang tidak berhenti memberikan komen hinaan kepadanya.
Baru-baru ini, menerusi Insta Story, Sarah ada memuat naik komen netizen yang memanggilnya ‘perempuan sundal’ kerana berkahwin dengan jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen.
Menerusi entri itu, Sarah juga nekad untuk meninggalkan Malaysia untuk memulakan kehidupan baru di Amerika Syarikat dan tidak akan kembali lagi. Malah, Sarah turut meluahkan rasa kesal apabila komen tersebut adalah daripada seorang yang beragama Islam.
Dalam satu entri di Instagram, Sarah berkata dia merasakan sangat bertuah kerana diberi peluang untuk berhijrah untuk memulakan kehidupan baru.
Sarah juga berharap suatu hari nanti mentaliti rakyat akan berubah serta berharap Malaysia akan menjadi sebuah negara lebih sihat.
Terdahulu, Sarah pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat keputusan untuk tidak bertudung pada Oktober 2020 selepas setahun mendirikan rumah tangga.
Leave a Reply