Mikayla Nak Jadi Barbie- Sambut Birthday 4 Tahun, Norman & Memey Tunaikan Impian Anak

Tak salah kita menunaikan impian anak kecil kita jika berkemampuan. Asal anak happy, mak ayah pasti turun sama merasa bahagia.

Impian anak kecil, Mikayla Delisha Hakim, anak ketiga pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang mahu memilih tema bak patung Barbile di hari sambutan hari kelahiran keempatnya disambut baik pasangan itu.

Malah sebolehnya, baik Memey dan Norman cuba merealisasikan impiannya yang mahu kelihatan seperti patung Barbie serta tema Barbie sebaik mungkin sepanjang majlis berlangsung.

Melalui Instagramnya, Memey turut memuat naik beberapa keping gambar kenangan sepanjang majlis itu sebagai kenangan mereka.

“Mummy mulakan gambar pertama sebelum beribu gambar menyusul untuk majlis hari ni.

“Tumpang lalu timeline boleh? Untuk kenangan anak-anak bila dah membesar,” kongsi Memey di Instagramnya.

Malah kata Memey lagi, dia dan suami sepakat memilih tema Barbie dengan campuran warna pink sebagai warna utama, seperti yang diinginkan anak kecilnya.

“@mikayladelishahakim nak jadi Barbie, jadi mummy papa tunaikan. Alhamdulillah nampak dia happy sangat-sangat. Banyak kali dia kiss mummy cakap tq,” tulisnya berkongsi.

Bukan sahaja si comel Mikayla Delisha yang cantik bak puteri bahkan Memey, Norman serta seisi keluarga mereka tampil segak dengan pakaian putih dan merah jambu.

Majlis ringkas tapi meriah itu turut sama dihadiri keluarga besar mereka, Abby Abadi sekeluarga dan adik beradik yang lain.

Majlis comel bertemakan patung Barbie itu bukan hanya meriah dengan kehadiran kawan-kawan bahkan rakan selebriti turut diundang.

I Love U, Mama” Perk0ngsian Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Bersalaman & Bermaafan Tarik Perhatian Ramai

Aidilfitri pasti disambut dengan meriah, lebih-lebih lagi dengan keluarga yang mempunyai ahli yang ramai. Keluarga besar Norman Hakim selalu menjadi perhatian ketika hari raya apabila mereka sering meraikan raya bersama dengan bekas isterinya iaitu Abby Abadi.

Tahun ini mereka meraikan hari raya bersama pada raya kedua manakala pada raya pertama Norman dan Memey Suhaiza menyambut di Kuantan. Mereka lebih memilih tema sedondon berwarna oren untuk ahli keluarga.

Mereka sering berkongsi momen-momen raya di media sosial masing-masing tetapi apa yang menarik perhatian adalah satu video di mana Abby Abadi dan Memey bersalaman serta bermaafan dengan tulus ikhlas.

Melihat pada video tersebut, mereka tidak menahan sebak ketika bersalaman dan bermaafan serta berpelvkan sambil air mata berlinang4n. Suasana yang penuh ikhlas serta sayu sehingga menyentuh hati siapa sahaja yang melihat video tersebut.

Kapsyen yang penuh ringkas ditulis oleh Memey ‘I Love You So Much, Mama’ cukup menggambarkan kasih sayang yang terjalin antara mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang cukup tersentuh dengan video tersebut serta mendoakan kebaikan buat mereka. InshaAllah. –

KOMEN NETIZEN:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

sumber: tehtarikkaw
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*