Hasil Jual Cempedak & Sabun, Hidayah Syukur Berjaya Beli Vellfire

Meskipun bergelar ibu tunggal, namun ianya tidak mematahkan semangat isteri kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah untuk berjaya dalam perniagaan.

Lebih manis, berkat usahanya menjual cempedak dan menjalankan perniagaan produk kecantikan, Hidayah berjaya memiliki semula kereta jenis Toyota Vellfire.

Baru-baru ini, Hidayah ada memuat naik gambar bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah sempena hari raya Aidiladha.

Turut kelihatan, sebuah kereta Vellfire dibelakangnya sekaligus membuatkan pengikutnya bertanya kepada Hidayah adakah dia membeli kenderaan tersebut selepas kereta arwah suaminya dijual.

Hidayah dilihat ada membalas komen pengikutnya bahawa itu adalah hasil kerja keras dalam mencari rezeki selepas pemergian suaminya.

Dalam pada itu ada yang tumpang gembira dengan pencapaian Hidayah itu yang akhirnya dapat membeli sendiri kereta tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Terdahulu, perkongsian Hidayah menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa sedih ternampak kereta yang dimiliki arwah suaminya di jalan raya. Hidayah berkata kereta jenis Toyota Vellifre itu hanya tinggal kenangan selepas ianya dibeli oleh orang lain.

Hidayah Sebak Nampak Kereta Arwah Suami Atas Jalan

Perkongsian terbaru Allahyarham Abam iaitu Nur Hidayah menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa sedih ternampak kereta yang dimiliki arwah suaminya di jalan raya.

Menerus entri itu, Hidayah berkata kereta jenis Toyota Vellifre itu hanya tinggal kenangan selepas ianya dibeli oleh orang lain.

“Ternampak kereta arwah suami. BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya. Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan nasib Hidayah serta mendoakan agar wanita itu terus kuat demi anak mereka, Syed Uthman Hamzah.

sumber; rotikaya