
Jodoh memang tidak mengenal usia. Itulah perumpaan yang dapat digambarkan untuk pasangan merpati dua sejoli walaupun jarak umur mereka 22 tahun.
Menerusi perkongsian pemilik TikTok dikenali sebagai Linda Lin486, wanita terbabit mendedahkan usianya 46 tahun manakala suami tersayang berusia 24 tahun.
Meskipun jarak umur lebih dua dekad, namun mereka sama sekali tidak kisah kerana apa yang penting adalah cinta dan kasih sayang. Difahamkan, mereka mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2022.
Apa yang lebih menarik perhatian, walaupun tempoh perkenalan mereka hanya seminggu, ianya sama sekali tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk meneruskan perhubungan tersebut sebelum sah bergelar suami isteri.
Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menceritakan secara terperinci sejak bila cinta mereka mula berputik. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah yang dikongsi dan mendoakan pasangan ini berkekalan hingga ke jannah.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih hampir 2.7 juta tontonan dan mendapat lebih 78 ribu tanda suka di TikTok. Tahniah!
Nak tengok video video mereka, boleh ke Tiktok channel di dalam gambar dibawah.
Sumber : linda_lin486 via Oh Bulan via awattsheikh
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply