Noh Salleh Nafi Rumah Tangga Bermasalah

Tiada angin tiada ribut, hangat diperkatakan mengenai vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh  apabila rumah tangganya bersama Mizz Nina yang didakwa bermasalah.

Memetik Harian Metro, bagaimanapun Noh menafikan gosip tersebut serta mengatakan dakwaan itu tidak benar. Malah, Noh juga mengatakan dia juga tidak sangka cerita seperti itu boleh timbul.

“Entahlah.. tiada komen. Korang semua kena tipu… good luck (selamat berjaya). Saya baru dimaklumkan oleh wakil pengurusan mengenai gosip yang timbul ini. Tak sangka ada cerita begini pula yang timbul. Apa yang boleh saya katakan itu adalah berita palsu,” kata Noh.

Dalam pada itu, Noh berkata tidak pernah timbul isu seperti yang diperkatakan sebaliknya dia lebih fokus terhadap anak angkat mereka, Musa yang kini sudah berusia tujuh bulan.

“Apabila ada anak sayang itu di tahap berbeza. Saya baru sedar perkara itu. Sekarang ini lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak kami melakukan pemeriksaan,” katanya.

 

“Kalau Aku Tiba-Tiba Mati, Tolong Jaga Nina & Musa Untuk Aku” – Noh Salleh

Baru-baru ini, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan berita gembira mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.

Lebih manis, Mizz Nina berkata bayi itu sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada hidup mereka dan mengakui Musa telahpun menjadi mahramnya.

Tanggal 15 Mac lalu merupakan ulang tahun kelahiran Noh yang ke-37. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mizz Nina menitipkan doa buat suaminya.

Bagaimanapun, perkongsian Noh Salleh di Instagram miliknya mengundang rasa sebak netizen apabila memohon maaf andai ada menyakitkan hati sesiapa.

Lebih menyentuh hati, Noh sempat meninggalkan pesanan ringkas supaya menjaga isteri dan anak mereka, Musa andai dia pergi suatu hari nanti.

Perkongsian Noh itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak dengan nukilannya itu. Malah, netizen mengatakan ulang tahun Noh kali ini sudah pasti berbeza ditambah dengan kehadiran cahaya mata.

Mizz Nina, Noh Salleh Ambil Anak Angkat