
Seorang suri rumah dijatuhi huk.uman pen.jara 14 bulan oleh Mah.kamah Majistret Marang, Terengganu atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga ibu kepada empat orang an.ak itu dikesan melakukan perbuatan men.curigakan itu oleh pemilik pasar raya men.erusi rakaman kamera litar ter.tutup (CCTV).
Bagaimanapun, nasib wanita itu mendapat simpati oleh seora.ng usahawan hartanah, Muham.mad Azlan Al-Amin.
Beliau mengambil inisiatif mendapatkan khidmat guam.an buat terhadap wanita itu bagi mendapatkan permohonan penangguhan hukuman.
Ujarnya, mereka bersepakat untuk memba.ntu tertuduh atas dasar kemanusiaan walaupun wanita itu mempunyai rekod jenayah lampau dan penagih dadah.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Azlan menyatakan hasrat itu dibuat atas dasar simpati terhadap nasib anak-anak tertuduh yang masih kecil dan dalam masa sama tetap tidak menyokong perbuatan serta kesalahan wanita terbabit.
“Saya sama sekali tidak meny.okong tindakan salah wa.nita terbabit yang disabitkan kesalahan mencuri, salah tetap salah! Apatah lagi beliau terjebak masalah sosial yang tidak sepatutnya!
“Cuma saya simpati kepada nasib anak-anak beli.au yang masih kecil dan berharap dapat dipinda kepada hukuman lain yang mudah mudahan ianya menjadi satu pen.gajaran kepada beliau,” katanya.
Menerusi laporan media, tertu.duh memp.unyai tiga rekod jenayah mencuri barangan pasar raya sebelum ini pada tahun 2019 dan 2021.
Bagaimanapun, Azlan men.gatakan bahawa beliau berhasrat untuk membantu ibu terbabit bagi membina kehidupan baharu selain memberi bimbingan sewajarnya agar menjadi insan berguna.
“Setiap manusia tak sunyi dari. salah silap. Salah tetap salah, dan mahkamah yang mulia berhak menjatuhkan hukuman sewajarnya sebagai satu bentuk keadilan sekaligus pengajaran kepada pesalah.
“Cuma saya berharap, beliau diberi sed.ikit ruang dan bimbingan oleh kita semua untuk beliau berubah menjadi insan berguna.
“Jangan kita hanya melihat kepa.da bilis-bilis saja yang patut menerima hukuman, sedangkan berapa banyak lagi jerung-jerung di luar sana yang masih bebas meskipun berjuta atau berbilioan duit negara “digelapkan”
“Pada wanita ini, beliau perlu dibim.bing. Jika kita semua terus mengecam dan tidak menyokong wanita ini memulakan serta membina hidup baru, sampai bila pun dia akan terus berada dalam kegelapan,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau juga tidak sala.hkan huk.uman yang ditetapkan hak.im mah.kamah dan perlu menjunjung tinggi kemuliaan institusi mahkamah dan sistem kehakiman negara kita.
sumber: kampungmamak
Leave a Reply