
PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk membuka sebuah sekolah di Gaza, Palestin tercapai.
Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu, hasrat yang sudah lama terpendam itu akhirnya berjaya direalisasikan di bawah Yayasan Nurjiwa miliknya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Kata Siti, sekolah yang diberi bersempena nama kedua-dua anaknya, Afwa dan Afiyah itu menyediakan pendidikan awal dan hafazan al-Quran buat kanak-kanak seawal umur empat tahun.
Suasana di sekolah Afwa dan Afiyah di Gaza.
“Alhamdulillah saya gembira kerana ia adalah impian yang ingin saya lakukan sejak dahulu lagi.
“Kita maklum apa yang berlaku terhadap anak-anak ini di bumi Gaza. Jadi kita nak mereka berjaya dengan pendidikan bersama adab yang baik,” katanya kepada mStar.
Siti ditemui ketika majlis sidang media Showcase Persembahan Amal Khas, Music of The Soul, An Evening with Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan pada Selasa.
Semoga ini menjadi amalan untuk saya dan suami di akhirat kelak.
SITI NURHALIZA
PENYANYI
Acara yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 November depan itu akan menyaksikan Siti bergandingan dengan legenda rock, Datuk Awie di atas pentas sama.
Dalam pada itu, Siti memberitahu pihaknya memperuntukkan sekitar RM10,000 sebulan bagi menampung kos kakitangan, pengajar dan pengurusan sekolah selain membeli buku pelajaran serta makanan.
Kata Siti, beliau akan memperuntukkan wang yang diperolehi daripada persembahan pentas, pelantikan duta produk serta sumbangan peribadi untuk disumbangkan kepada sekolah berkenaan.
“Saya cuba salurkan sumbangan pada setiap tahun sama ada sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa atau peribadi. Minimum RM10,000, tetapi jika ada keperluan tambahan jumlah itu akan meningkat.
Music of The Soul, An Evening with Datuk Siti Nurhaliza akan menampilkan Datuk Awie.
“Setiap pendapatan yang diterima daripada persembahan, duta produk dan sebagainya akan saya bahagikan untuk sumbangan. Semoga ini menjadi amalan untuk saya dan suami di akhirat kelak,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai persembahan amal khas berkenaan, Siti memberitahu sepanjang kariernya belum pernah mengadakan persembahan eksklusif bersama Awie dan acara ini adalah pertama mengandingkan dirinya dengan penyanyi rock tersebut.
“Ini kali pertama dan sudah tentu saya berasa teruja dengan persembahan amal khas ini.
“Saya sendiri membesar mendengar lagu-lagu nyanyian kumpuan Wings. Pada persembahan itu nanti saya akan menyanyikan empat buah lagu gabungan bersama Awie,” katanya.
Siti menyumbangkan sepenuhnya jualan tiket kepada Yayasan Nurjiwa bagi membantu sekolah di Gaza dan individu memerlukan.
Bagi persembahan amal itu, Siti menyasarkan kutipan tiket sebanyak RM1 juta yang akan disumbangkan sepenuhnya kepada Yayasan Nurjiwa bagi membantu sekolah di Gaza dan individu memerlukan di dalam negara.
Siti berkata, pada persembahan amal itu nanti, mereka akan menghiburkan peminat selama dua jam dengan membariskan 20 buah lagu di Dewan Plenary KLCC pada pukul 8.45 malam.
Tiket dijual pada harga RM188, RM288, RM588, RM788, RM988 dan RM1,188 dan tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.myticket.asia.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas!
sumber: mstar
Anak Murid Ini Tiba Tiba Angkat Tangan, Cikgu Tanya Kenapa. Soalan Yang Anak Murid Ini Beri Buat Cikgu Ini Pening Kejap
Kisah yang dikongsikan oleh seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh ini pernah tular sekitar Ogos tahun lalu. Berikut di bawah adalah perkongsian beliau yang mencuri perhatian ramai netizen.
Ini gambar dua tahun lepas. Dari tahun pertama mengajar, aku tak pernah terlepas dengan mengajar murid tahun 1.
Penat mengajar Tahun 1 ni. Penat nak melayan karenah mereka. Kesabaran perlu ada di tahap dewa.
Kau bayangkan, sedang rancak kita mengajar, berapi-api memberi penerangan, tiba-tiba seorang murid angkat tangan.
” Ya, kenapa Nurul? Awak tak faham yang mana? Atau awak nak cuba jawab soalan ni kat depan?”
” Tak cikgu. Nurul nak cakap. Semalam kan, Nurul tidur kemudian mimpi ada uIar masuk rumah Nurul.”
” Eh Nurul. Kita pun pernah mimpi uIar tau. UIar tu lawan dengan harimau,” balas Siti.
” Saya pernah tengok uIar kat zoo, cikgu,” kata Kamil. “Ayah kita pukuI uIar sampai mati, cikgu. UIar duduk tepi pasu,” sahut Aqil dari belakang.
” Mak kita cakap, kalau jumpa uIar kena lari cikgu,” balas Anis.
Tuu diaaaaaa… Terus rasa nak pergi ambil wuduk dan solat sunat taubat.
Aku punya macam tarzan kat depan dengan pelbagai gaya memberi penerangan, punya habis skill keluarkan nak bagi murid tumpu perhatian, datang seorang anak polos dan suci murni menukarkan tunjuk ajar aku kepada cerita uIar gitu je.
Hanya dengan mengangkat tangan dan bercerita tentang mimpinya, satu kelas bercerita pasal uIar. Habis pakat lupa topik Bundar yang aku ajar. Allahu, tak tahu rasa nak menangis atau nak ketawa. Sebak, sedih, kelakar semua bercampur baur dalam dada.
” La, yeke. Cikgu dulu pun pernah kena kejar uIar tau. Masa tu cikgu main dalam semak. Nak dengar cerita uIar tak?” balasku pula.
” Nakkkkk cikguuuuuu!” serentak satu kelas menjawab. Berlari-lari murid dibelakang datang keliling aku ingin mendengar kisah uIar.
” Tapi lepas cikgu cerita, semua kena janji kita sambung belajar dan siapkan kerja ya!”
” Baik cikguuuu!” bergegar kelas dengan sahutan mereka.
Pedulikan Bundar, pedulikan Matematik. Pedulikan belajar. Kita bercerita tentang uIar dulu. Masa cerita pasal uIar, aku selit lah unsur Matematik sikit.
” Masa tu, cikgu jumpa telur uIar. Banyak tau. Cikgu kira ada 18 biji telur semuanya. Ibunya uIar keluar pergi bekerja agaknya masa tu. Tak ada kat sarang.”
” UIar mana kerja. Apa la cikgu ni,” sampuk mereka lepas tu kami ketawa sama-sama.
” Kemudian cikgu lihat, ada 3 biji telur telah pecah. Berapa lagi yang tak pecah?”
Semua murid pakat mengira. Habis jari tangan dibuka, kasut pun mereka buka juga nak kira 18 tolak 3. Haha.
Begitulah kebiasaannya dalam kelas tahun 1 ni. Kadang-kadang murid-murid yang hasut cikgu pula. Terus tukar topik belajar kepada topik uIar. Habis bercerita, kami sambung belajar dengan gembira.
Benarlah kata pepatah English yang aku pernah baca, “If you can’t beat them, join them.”
Haaa, gituhhh.
Budak-budak ni suci murni. Tanpa rasa bersalah mencelah, tanpa rasa berdosa datang menagih kasih dari seorang guru.
Sumber : FB Mohd Fadli Salleh
Leave a Reply