TuIar Ayat Diva AA bagi ayat kurang ajar kepada Yusuf Azmi dan sahabat, sekali Yusuf Azmi respond

Baru-baru ini, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi menghadiri rumah terbuka menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak dijenguk olehnya disebabkan keadaan pandemik.

Dikecam Diva AA

 

‘Gelupuhhh kebulur ke open house?’ ‘Siap berpeluk sakan?’ ‘Sedang Covd 19 still menggila?’” – Diva AA

Video Yusuf Azmi tersebut mendapat perhatian daripada Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Ali. Diva AA kecam tindakan Yusuf Azmi kerana berpelukan walaupun penyakit Covid-19 baru sahaja reda dan menggelarkan Yusuf Azmi sebagai ‘b*bi tonyok’.

Mahu berjumpa depan-depan dengan Diva AA

‘Ini ke cara kamu (Azwan Ali) nak kritik? Takkan tak pandai beza binatang dengan manusia??’

‘Ni juga bukan soal KEBULUR nak open house! Tapi ini adalah kasih sayang dua sahabat, hanya untuk meraikan..’

Respons hangat daripada Diva AA juga mendapat perhatian daripada Yusuf Azmi sendiri. Menerusi video yang dimuat-naik di Instagram, Yusuf Azmi menerangkan bahawa dirinya sudah menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum berjumpa dengan rakan-rakannnya.

Yusuf Azmi juga mahu bersemuka dengan Diva AA setelah memanggil dirinya dengan gelaran yang tidak sopan.

Netizen setuju dengan tindakan Yusuf Azmi ingin berjumpa dengan Diva AA kerana mereka juga berasa bahawa Diva AA sudah keterlaluan dalam memberikan kritikan dan memohon Yusuf Azmi untuk bersembang secara baik dengan Diva AA.

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Azmi (@yusufazmi_s1m)

Sumber : Murai

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*