Penternak Ayam Ini Tampil Beritahu Apa Yg Terjadi Dengan Krisis Ayam Sudah Hampir Tiada Di Pasaran

Golongan penternak seharusnya tidak tidak dipersalahkan berhubung isu kekurangan bekalan ayam di pasaran yang menyebabkan harga jualannya melonjak tinggi memandangkan ia turut memberi kesan kepada mereka.

Penternak ayam, Mohd Kamal Adam, 57, berkata, adalah tidak adil untuk menyalahkan penternak semata-mata dalam isu terbabit yang kini membelenggu rakyat.

Menurutnya, golongan penternak juga turut terbeban dengan kos operasi yang semakin meningkat terutama kenaikan harga dedak ayam ketika ini selain kekangan pekerja asing dan kos bekalan elektrik.

“Sudah 25 tahun saya menjadi penternak ayam bagi sistem integrasi ladang kontrak. Sepanjang tempoh itu, pelbagai cabaran dilalui dan paling perit apabila harga dedak ayam terus meningkat.

“Kenaikan dedak ayam dari jagung dan soya yang diimport sepenuhnya berlaku hampir setiap bulan. Paling ketara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, seguni dedak seberat 50 kilogram (kg) berharga RM88 tetapi sekarang harganya sudah mencecah RM120.

Mohd Kamal menunjukkan anak ayam di ladang ternakannya di Sri Merlong Batu Pahat pada Sabtu.

“Seekor ayam yang dianggarkan seberat 2kg perlu kira-kira 4kg makanan untuk mencapai tempoh matang 35 hari,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Mohd Kamal berkata, meskipun ada yang mengaitkan kekurangan bekalan disebabkan ayam sakit dan cuaca panas, namun perkara itu tidak mengganggu keluaran ayam matang di ladangnya.

“Bagaimanapun cuaca terlampau panas turut memberi kesan kepada tumbesaran ayam memadankan sistem ternakan ayam terbuka masih digunakan.

VIDEO:

Sumber : Sinar Harian

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*