Wanita Ini Beli Sofa Terpakai Dgn Harga Murah Tapi Ketika Sedang Periksa Kusyen Dia Jumpa Sesuatu Yg Mengejutkan

Bagi sesetengah orang, barangan bundle atau barangan terpakai menjadi salah satu pilihan mudah buat mereka mendapatkan sesuatu benda dengan harga yang lebih murah dan disamping dapat menjimatkan duit mereka.

Barangan ini kebiasaannya pernah dipakai oleh pemilik terdahulu sebelum dijual atau diberi kepada orang lain.

Seorang wanita membeli sofa terpakai pada lebih kurang 4,5 tahun lalu dengan harga $25 (RM105). Namun tanpa disangkanya dia menjumpai satu jam di bawah kusyen sofa tersebut.

Selepas memeriksanya, wanita tersebut mendapati jam tangan tersebut ialah jam mewah berjenama Rolex!

Kisah ini diceritakan oleh Paul Altieri dari Bob’s Watches yang menyifatkannya paling gila sepanjang 40 tahun penglibatan beliau dalam perniagaan jam tangan mewah.

Selepas menyedari jam dijumpainya ialah jam Rolex, wanita tersebut berniat untuk menjualnya dan menghubungi pihak Bob’s Watches untuk membantu menjualnya.

Wanita tersebut menghubungi kedai bundle tempat dimana dia membeli sofa tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai pemilik asal sofa berkenaan tetapi gagal.

Ini kerana pihak kedai tersebut tidak mempunyai rekod pemilik sebelum ini apatah lagi cara untuk menghubungi mereka disebabkan urusan jual beli telah lama dilakukan.

Wanita Beli Sofa Terpakai RM105 Menemui Jam Rolex Bernilai Cecah Sejuta Ringgit Di Bawah Kusyen

Jam tangan yang dijumpai oleh wanita tersebut merupakan jam tangan vintaj Rolex Daytona 6241 ‘Paul Newman’, yang mana Altieri menyatakan bahawa jam tangan tersebut merupakan raja dalam dunia jam tangan vintaj.

Oleh kerana tidak mahu risiko jam tersebut hilang dalam mel dan dia juga tidak mempunyai wang untuk pergi ke California, maka Altieri menghantar pakar Rolex vintaj ke Kanada.

Berita gembira buat wanita berkenaan apabila, pakar mengesahkan jam tersebut adalah tulen dan bernilai lebih kurang $250,000 (~RM1,018,375).

Susulan itu, wanita berkenaan pun menjual jam Rolex tersebut terus kepada pihak Bob’s Watches yang berminat untuk membelinya.

Jam tangam Model Paul Newman itu pernah memecahkan rekod pada tahun 2017 untuk untuk jam tangan paling mahal yang pernah dijual harga RM71,255,500!

Sumber: ArenaGempak

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*