Selesai ikat jamin, rupa-rupanya Ada Pihak Lain dah tunggu nak cekup… Wanita hina Islam sekali lagi ditahan

WANITA yang didakwa menghina Islam dalam persembahan komedi ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sejurus selepas membayar ikat jamin RM20,000 pada pagi Selasa.

Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan oleh pihak pegawai daripada Jawi pada pukul 10.30 pagi selepas membayar wang ikat jamin di kaunter mahkamah bersama peguamnya, Ramesh Chandran.

Difahamkan, Siti Nuramira akan ditahan selama 24 jam sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah dan dijangka akan didakwa dibawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jena.yah Syariah 1997 kerana menghina Islam.

amira 2

Amira dan teman lelakinya sebelum ini mengaku tidak bersalah.

Jika sabit kesalahan wanita itu berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda RM3,000.

Pada 13 Julai lalu, wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur atas tuduhan menghina Islam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-asalan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika membuat persembahan komedi berdiri di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

Kes disebut akan disebut semula pada 18 Ogos ini.

Semalam media melaporkan Siti Nuramira dan teman lelakinya, V. Alexander Navin, 38, berjaya mengumpulkan wang ikat jamin menerusi dana awam.

Ekoran gagal membayar wang ikat jamin, Siti Nuramira ditempatkan di Penjara Satelit Beranang manakala Alexander di Penjara Satelit Kuala Kubu Baru sebelum dihantar ke Penjara Wanita Kajang dan Penjara Sungai Buloh.

Alexander turut membuat pengakuan tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik hantaran jelik dengan niat menyakitkan hati di media sosial di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

sumber: mstar

 

Peguam yang dikenali sebagai Noel Allen Bose dan berasal dari bandar Sorsogon mendedahkan dirinya menerima ketam sebagai bayaran kerana mempertahankan anak guamnya di mahkamah.

Anak guamnya bukanlah orang yang berduit dan sebaik sahaja habis perbicaraan, anak guamnya menawarkan dirinya tiada duit yang mencukupi untuk khidmatnya dan anak guamnya menawarkan beberapa ekor ketam sebagai ganti.

Noel Allen Bose kemudian dengan baik hatinya menerima kenyataan yang ditawarkan kepadanya dan tidak meminta bayaran tambahan.

Hal ini kerana Noel sememangnya memahami keadaan kewangan anak guamnya.Dapat Klien Orang Susah, Peguam Baik Terima Ketam Sebagai Ganti Duit Untuk Upahnya

Walaupun sudah tahu dari awal, Noel tetap terkejut ketika anak guamnya menghantar beberapa ekor ketam kepadanya.

Noel kemudian memuat naik gambar dirinya dengan beberapa ekor ketam di media sosial dan meluahkan rasa bangga kerana dapat membantu orang susah.

Noel turut berterima kasih kepada netizen yang memberikan kata-kata positif kepadanya.

“Makan ketam sangat mengenyangkan perut, tetapi reaksi anda semua pada kiriman ini membuatkan hati saya lebih ‘kenyang’.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada peguam yang bekerja untuk kerajaan dan swasta. Mereka biasanya jarang berkongsi cabaran yang dilalui mereka tetapi mereka rajin dan setia pada janji mereka untuk membantu sesama warga Filipina”

Noel turut memuatnaik gambar ketam yang dimasaknya:

Bangga Tolong Orang Susah, Peguam Baik Hati Terima Ketam Sebagai Upah Kerana Anak Guam Tiada Duit Nak Bayar Khidmatnya

sumber;metro

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*