
KUALA KANGSAR – Lima individu yang rentvng dalam kema langan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.
Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.
Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi mengesahkan kelima-lima mang sa merupakan penuntut universiti berkenaan.
Menurutnya, dua daripada mang sa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.
Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.
Kita juga telah maklumkan mengenai kejadian ini kepada waris untuk mereka hadir ke hospital bagi proses pengecaman.
Kita akan cuba bantu apa yang diperlukan oleh waris, bagi memudahkan urusan, katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Dalam kejadian sekitar 12.52 malam itu, semua mangsa terperangkap selepas berlaku keba karan melibatkan sebuah kereta dan treler.
Sumber: Sinar Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply