
“Saya tak tahu bagaimana cerita ini boleh tersebar. Orang asyik ‘call’ tanya keadaan saya dah okey atau tidak,” kata penyanyi kumpulan Bumi Putra Rockers (BPR), Johari Mat Rozekhi atau Joey, 59.
Menurut Joey dia bingung apabila desas-desus bertiup kencang mengatakan dirinya diserang strok.
“Dari Singapura sehinggalah Kedah, orang ‘call’ saya. Anggota BPR, Awanglah yang paling terkejut. Dia risau sebab ramai ‘call’ dia tanya fasal saya.
“Tapi saya cakap, saya tiada apa-apa masalah langsung. Saya tak hairan sangat kerana benda-benda macam ini dah biasa berlaku.
“Kadang-kadang orang nak call saya untuk bagi tawaran menyanyi. Tapi ada yang dengki. Mereka cakap saya dah tua dan sakit, serta dah tak boleh menyanyi,” katanya kepada Harian Metro.
Paling menyedihkan, ada yang mendakwa Joey sudah tidak mampu bercakap dan bangun seperti biasa.
“Tak mustahil ada yang cakap saya dah strok atau meninggal dunia. Semua ini atas sebab alasan tak nak bagi saya menjayakan show.
“Sebaliknya ia bertujuan untuk ambil individu itu sendiri menyanyi dalam persembahan terbabit.
“Saya boleh agak siapa yang buat fitnah ini. Tapi saya malas nak jadikan isu. Lagipun saya tak hadap sangat persembahan ini,” katanya.
Menurutnya, dia tidak kisah tidak dapat tawaran menyanyi sebaliknya kasihankan pihak-pihak yang bersusah payah mencarinya serta mahu menghulurkan bantuan.
“Saya sebenarnya sihat macam biasa. Bukan saya tak nak terima bantuan. Tapi saya rasa macam tak kena pula.
“Ramai komen hentam saya sebab saya dapat bantuan. Mereka pertikaikan adakah saya asnaf sehingga boleh dapat bantuan.
“Akhirnya saya terpaksa jelaskan keadaan sebenar di Facebook. Kalau saya tak tulis, benda ini jadi berpanjangan.
“Bila saya senyap, orang betul-betul ingat saya sakit dan mulalah buat andaian sendiri,” katanya.
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply