
11 pertuduhan dikenakan kepada penceramah bebas, Ebit Lew termasuk berkaitan gangguan sek sual disifatkan sebagai tuduhan melampau selain mempunyai agenda tersembunyi bagi menjatuhkan kredibiliti figura tersebut.
Menurut Ebit, tuduhan itu merupakan satu bentuk dakwaan yang tidak berasas serta dirancang pihak tertentu bagi menghentikan usahanya dalam melakukan aktiviti kebajikan untuk rakyat yang memerlukan.
Pendakwah terkenal, Ebit Lew, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Litar Tenom, di sini, hari ini terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan sek sual.
“Saya yakin dan percaya, tuduhan itu dibuat oleh satu kumpulan yang merancang untuk mengenakan saya,” katanya kepada pemberita sejurus keluar dari Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, Sabah sebentar tadi.
Ketika ditanya mengenai tuduhan berkenaan, Ebit menjelaskan, dia hanya mengetahui hal tersebut beberapa hari lalu sebelum diminta tampil ke mahkamah pada hari ini.
“Saya baru tahu beberapa hari lalu ketika membuat kerja amal di Sabah, agak terkejut juga. Saya bukannya datang ke Sabah untuk hal itu (didakwa di mahkamah).
“Saya yakin tidak bersalah dan akan lalui ujian ini sebaiknya. Saya serahkan semua hal kepada peguam dan gembira lalui situasi ini di mahkamah,” ujarnya.
Dalam pertuduhan itu, Ebit yang didakwa mengikut Sek syen 509 Kanun Kesek saan kekal dengan pengakuan tidak bersalah.
Susulan itu, pihaknya perlu menyerahkan dokumen berkaitan pembelaan diri pada 22 April depan manakala sesi perbicaraan seterusnya dijadualkan berlangsung pada bulan Jun depan.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply