Ali Puteh Dedahkan Sesuatu Kepada Wartawan Selepas Saman Dia Terhadap Kakak Ipar Ditolak Mahkamah

Balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh hari ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat, lapor mStar.

Sehubungan itu Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.

“Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.

“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.

“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya,” lapor portal berita itu.

INI KOMEN ALI PUTEH SELEPAS KELUAR MAHKAMAH

MGF18022022__ALI-PUTEH-MAHKAMAH18

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas kes tersebut, Ali berkata, pihaknya akan membuat rayuan kes tersebut ke peringkat mahkamah tinggi.

“Saya rasa sedih juga, kalau nak bawa Abam dan mak mereka dah tak ada, cuma saya nak betulkan beberapa fakta netizen yang hentam saya kata saya yang saman dulu.

“Yang mula saman bukan saya, saman mula 15 hari lepas arwah mening gal, saman sebanyak RM900,000, saya diberi notis untuk diheret ke mahkamah.

“Kemudian saya hantar saman balas, apa juga keputusan hari ini saya tak ada masalah, kita akan buat rayuan di mahkamah tinggi lepas ini,” katanya.

Menurut Ali, dia tidak akan marah atau mengamuk. Dia akur dengan keputusan mahkamah.

Wartawan tanya tentang apa komen netizen selepas ini. Ali Puteh memberitahu bahawa beliau telah bersedia dan tahu jika dia menang atau kalah dia tetap akan dikecam.

VIDEO: Minit ke – 11

Sumber : MalakatTribune 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*