
Pelakon popular, Fasha Sandha mengakui yang suami tersayang, dramatis Aidil Aziz ada memintanya untuk hamil lagi tahun ini.
Sungguhpun begitu, Fasha menjelaskan yang dia masih lagi belum bersedia untuk berbadan dua sekali lagi.
“Sejak zaman saya masih muda lagi, saya memang suka pada budak-budak. Sampaikan ada satu ketika, jika saya ada masa lapang, saya sanggup angkut anak jiran untuk dibawa jalan.
“Namun kalau sekarang, cukuplah ada tiga anak. Nak tambah lebih… lambat lagi. Aidil memang ada beritahu saya yang dia mahukan baby boy pula tahun ini.
“Tapi jujur, saya belum bersedia, sementelah saya sibuk dengan komitmen seni lakon dan bergelar duta produk,” katanya yang baru baru ini dilantik duta produk atau pengguna setia produk serbuk Vitamin C Gebu Glow.
Dalam pada itu, Fasha dalam nada berseloroh berkata, golongan suami ganya tahu meminta sahaja.
“Suami ni tahu minta saja, tapi yang bawa anak dalam kandungan sampai sembilan bulan… orang perempuan juga.
“Namun, kalau Tuhan beri rezeki hamil lagi, saya terima dengan hati terbuka. Usia saya baru 37 tahun. Jadi sebelum masuk usia 40, saya boleh hamil lagi. Dan apa yang penting mujur suami memahami,” katanya lagi.
Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Rasyha Jemyma. Manakala perkongsian hidup dengan Aidil, mereka dikurniakan Aisha Amaira.
Dalam perkembangan terkini, Fasha kini sedang rancak membintangi drama Dendam Seorang Isteri terbitan Radius One Sdn Bhd.
Sumber : GEMPAK
Leave a Reply