
Kehilangan ibu tercinta pada dua tahun lalu mengubah rasa rindu Datuk Aaron Aziz. Jika dahulu kepulangan ke Singapura menjadi antara yang dinanti namun ternyata kini perasaannya berbeza.
“Jika dahulu balik ke sana mahu jumpa ibu, tetapi selepas pemergiaan memang saya sudah tawar hati.
Perasaan pulang ke Singapura itu berbeza kini. Tidak terlalu mengharapkan sangat untuk dapat pulang ke sana. Malah dalam keadaan saya sibuk juga menyebabkan saya tidak terlalu fikirkan.
“Tambahan pula dengan keadaan sekarang agak sukar untuk pulang ke sana. Tetapi isteri saya baru saya pulang bersama anak-anak, jadi sempat juga mereka bertemu keluarga di sana.
“Anak lelaki saya juga memang berada di sana. Jadi bila dia ke kubur ibu saya dan berkongsi memang momen itu cukup menyedihkan sebab anak saya tidak sempat pulang ketika ibu saya meninggal,” katanya.
Meskipun sibuk dengan tawaran berlakon, Aaron menyatakan hasrat untuk kembali mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah bersama isteri, Datin Diyana Halik.
“Selepas lima kali menunaikan umrah kali ini memang saya dan isteri harap sangat dapat tunaikan yang wajib. Ikutkan, saya adalah rombongan terakhir yang meninggalkan tanah suci Makkah sebelum pelaksanaan sekatan perjalanan kerana CO VID-19.
“Memang saya sangat rindukan bau tanah suci itu sendiri, selepas hampir dua tahun tidak ke sana, semoga ada rezeki untuk saya dan isteri,” doanya.
Sumber : GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply