Kes Cov1d Cecah 7 Ribu Kes, Terus Netizen Ramai Ramai Komen Mahu Buat Ini

Ada yang sudah menempah kuih raya, baju raya dan tidak kurang juga yang sudah merancang jadual cuti untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Itu antara perkongsian oleh sesetengah pengguna medial sosial tentang perancangan mereka untuk sambutan hari raya pada tahun ini.

Bagaimanapun ‘impian’ itu semakin kabur selepas kes harian Covid-19 hari ini kembali melonjak ke angka 7,234 ke berbanding semalam yang mencatatkan 5,720 kes

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata mereka melahirkan kebimbangan susulan lonjakan kes itu dan tidak mahu sambutan hari raya pada tahun ini disambut secara alam maya sekali lagi.

RAMAI MAHU ‘CANCEL’ TEMPAHAN KUIH RAYA

Tidak kurang juga yang mahu membatalkan tempahan kuih raya dan baju raya kerana bimbang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi.

“Mungkinlah tahun ini raya diperantauan lagi? musnah impian nak bakar lemang sambil ‘selfie’ raya di kampung,”tulis Asan Naim.

“Selamat hari raya pkpd 2022…kita raya ‘live’ je tahun ini,”komen Hafizall MD Zuki Fizalro.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Siti Rokiah.

“Aku dah siap tempah baju raya dan kuih raya, jangan tiba-tiba kata PKP lagi raya tahun ni. Aku ‘cancel’ (batal) tempahan kuih raya dan baju raya,”jelasnya.

Bagaimanapun, ada juga pengguna yang masih berharap pada tahun ini mereka dapat beraya dengan keluarga tercinta di kampung selepas dua kali beraya diperantauan.

“Saya yakin tidak akan ada PKP lagi, sebab kerajaan dah umum sebelum ini tiada lagi PKP seluruh negara selepas ini,” tulis Maisarah Halim.

Senada dengan Maisarah Halim adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mie Kaduk.

“Tiada lagi PKP besar-besaran yang ada hanya PKPD bersasar, jangan bimbang semua dapat balik beraya di kampung tetapi SOP (prosedur operasi standard) kenalah patuh,”nasihatnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kes jangkitan Covid-19 hari ini meningkat melepasi 7,000 dengan 7,234 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,895,014 kes.

Sumber – K! ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*