Yusuf Azmi Beritahu Dimana Jenaz4h Abang Ali Akan Dimandikan Dan Dimana Akan Dikebum1kan

Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Ali Salimin atau lebih dikenali sebagai Abang Ali meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu.

Pengerusi persatuan itu, Yusuf Azmi menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Segambut, Kuala Lumpur.

“Saya sekarang di balai polis Muar… Insya-ALLAH jika semua urusan telah selesai, jenazah Allahyarham Abg Ali akan dimandikan di Hospital Muar dan disembahyangkan di Masjid Al Azim, Pandan Indah.

“Dan jika dipermudahkan segala urusan, Allahyarham akan dikebumikan di Segambut, Kuala Lumpur. Jika ada pertukaran lokasi, akan diupdate dari masa ke semasa,” kongsinya di Facebook pada Sabtu.

Menerusi entri terdahulu, Yusuf memaklumkan beliau sedang dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor bagi menuntut dan memandikan jenazah Allahyarham.

“Mohon maaf, saya tidak dapat menjawab panggilan sekarang.

“Saya mohon doa saudara saudari sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Abang Ali,” tulisnya di Facebook.

Tidak lama selepas itu Yusuf Azmi telah memuat naik satu lagi kenyataan di Facebook untuk memberitahu waktu dijangka jen4zah Abang Ali akan dibawa pulang.

“Alhamdulillah, selesai urusan saya di Balai Polis Muar.

Report kematian akan dihantar semula ke hospital Muar. Seterusnya, membuat ujian saringan COVID-19 (PCR) bagi membolehkan pihak hospital melakukan post mortem ke atas jenazah Allahyarham Abg Ali (dijangka jam 9 terima result PCR & post mortem dijangka selesai sekitar 12 malam)

InsyaAllah, jika semuanya selesai dan dipermudahkan…jenazah akan segera dibawa pulang untuk disembahyangkan di Masjid Al Azim, Pandan Indah, Ampang (diantara jam 4-6pagi).

Jenazah kemudian akan dibawa ke Segambut untuk dikebumikan sesudah Subuh, besok.

Didoakan semoga proses pengendalian jenazah dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Wallahualam.

*Dikesempatan ini, saya dan keluarga Semboyan Malaysia merakam ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Abg Ali” – Yusuf Azmi

Difahamkan Allahyarham terlibat dalam kemalangan motosikal di Pagoh, Johor.

Allahyarham aktif dalam menjalankan kerja aktivis bersama Semboyan Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sumber : Sinar Harian

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*