Mawar Karim Tanya Sendiri Anaknya Maryam Betul Ke Dia Keseorangan Masa Di Legoland, Ini Anak Dia Jawab (Video)

Terdahulu bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Karim mendakwa anak perempuanya Wan Maryam ‘tidak gembira’ sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama ayah dan ibu tirinya baru-baru ini.

Indah khabar dari rupa

Menerusi Instagram Story Mawar, usahawan ini dilihat memuat naik foto anaknya ‘keseorangan’ ketika berada di Legoland. Menurut Mawar, dia tidak mampu meluahkan apa-apa perkataan tatkala melihat foto Maryam ‘bersandar’ di satu sudut seorang diri. Tambahnya, dia tidak terfikir bahawa anaknya itu tidak mempunyai rasa takut.

“Budak-budak Tak Pandai Menipu”

Seorang pengikut Mawar tampil membidas sesetengah netizan yag masih tidak move on kerana Mawar kelihatan sangat gembira dengan kehidupan beliau sekarang

“Youtuber punya lah kecoh pasal mawar komen pasal anak duk jauh tiada yg pantau, patutnya mawar boleh saman you tuber yg kurang ajar mcm nak menjatuh kan maruah, segelintir netizen pulak komen mawar x move on.

Aku rasa segelintir netizen ni yg xmove on. Mawar hidup ok je, ingat kumbang seekor ke kat dunia ni smpi nk kata org xmove on. Sakit jiwa aku rasa yg mana segelintir netizen yg xmove on ni.”

Menjawab komen tersebut, Mawar menjelaskan yang budak-budak tidak pandai menipu

“@syikin.gaddafi la tu no sat depa ni . Nk kena cubit ni . Tu la Maryam balik bila cheq tanya why, Maryam bgtau Maryam merajuk sikit ? Alahai Maryam ni budak2 setahu kita budak2 ni tak pandai menipu.

Tapi tak tau la Maryam bukan pandai nak main IG or FB nak load gambar or taip. Ya dik kalau bab anak memang tak move on. Kita ni menatang minyak yg penuh utk anak,tapi agak terkilan bila seorang hamba Allah sent pictures dekat kita lagu tu punya cara, apa perasaan ya?

Bab lain ni alhamdulillah hanya Allah saja tahu. Depa tak pernah rasa apa kita rasa, lalui. Hanya melihat. Sebab tu di media social kita ni load yg indah2 saja, kadang2 menggunakan orang lain sebagai bahan content utk media social. Erti kata reality lain fantasy ternyata berbeza. Apa pun pesanan utk diri sendiri jgk dik.

Sy ni bukan perfect banyak kekurangan tapi sy percaya semua ibu akan buat terbaik utk anak2 mereka . terkilan jika anak tiba2 orang yg tak kenal sent pictures macam tu. Part paling kelakar org lain melatah try hard pulak.  Chill2 cukup”

Mawar juga ada memuat naik beberapa IG story menjelaskan keadaan sebenar dan ada menayakan perkara tersebut kepada Maryam

“Mummy, Maryam merajuk sikit”

“Kenapa Maryam Alone, Maryam sad ke?”

“Maryam Sad”

Terdahulu Menerusi Instagram Story Mawar, usahawan ini dilihat memuat naik foto anaknya keseorangan ketika berada di Legoland.

Menurut Mawar, dia tidak mampu meluahkan apa-apa perkataan tatkala melihat foto Maryam bersandar di satu sudut seorang diri. Tambahnya, dia tidak terfikir bahawa anaknya itu tidak mempunyai rasa t.akut.

Sosial media dan kehidupan sebenar

Selepas memuat naik posting yang pertama, Mawar dilihat memuat naik posting kedua beserta kapsyen ‘media sosial vs kehidupan realiti’. Tidak dapat dipastikan apa yang ingin disampaikan oleh Mawar, namun ianya dikatakan berkait rapat dengan perkongsian terdahulu berkenaan percutian anaknya ke Johor.

Mawar juga meletakkan tanda pagar indah khabar dari rupa serta membandingkan kehidupan media sosial dan kehidupan sebenar. Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah, IG Story itu seperti ditujukan kepada pihak Fizo kerana memuat naik foto Maryam ketika sedang bercuti.

Kredit: Pajie Sohor

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*