
Tular satu mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa boleh menyediakan atau membuat sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera dengan bayaran sebanyak RM2,500 bagi setiap individu.
Individu yang menawarkan sijil digital itu mendakwa pembeli akan ‘selamat’ jika diperiksa oleh penguat kuasa selain sijil tersebut boleh digunakan di semua tempat.
Malah, sijil tersebut juga akan dipaparkan dengan maklumat pembeli itu sendiri seperti nama dan nombor kad pengenalan pada aplikasi MySejahtera.
Mesej yang tular mendakwa boleh menyediakan atau membuat sijil digital vaksin dalam MySejahtera dengan bayaran sebanyak RM2,500 bagi setiap individu. – Foto Sinar Harian
Menurut mesej yang tular itu, pembeli hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan ID MySejahtera dan mengambil masa dua minggu selepas pembayaran dibuat sebelum MySejahtera pembeli dikemas kini dengan sijil tersebut.
Individu itu juga mendakwa, MySejahtera pembeli akan dikemas kini sehingga dos yang disyorkan selain turut akan menerima kemas kini dos penggalak.
Sumber : Sinar Harian via Astro Awani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply