Individu Ini Jumpa Video Rani Kulop Pernah ‘Masuk’ AJL. Sekali Rani Kulop Masuk Bagi Komen Yg Buat Semua Terhibur

Siapa tak kenal dengan aktivis, Ayahanda Rani Kulup yang sering memperjuangkan hak dalam komuniti setempat.

Rani Kulup yang dikenali dengan tagline ‘Kipidap Dongibab’ sering membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada sebarang aduan atau kesalahan.

Namun sejak beberapa hari lalu, viral di media sosial video Rani Kulup bermain alat muzik.

Rani Kulup sebagai pemain drum

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai Fad Gold Hunter di TikTok, memaparkan sedutan program pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun 2009 yang menampilkan Rani Kulup menjadi pemain drum sebuah kumpulan kugiran muzik yang dikenali sebagai The Siglap Five.

Final AJL 2009. Masa ni orang tak perasan siapa pemain drum yang iringi persembahan Dato’ Jeffry Din.

The Siglap Five merupakan sebuah kugiran muzik Pop Yeh Yeh yang aktif pada era 1960. Kugiran itu terdiri daripada Karim, Mohd Ali (Nick), Hamidon , Khamsin dan Jaafar yang berasal dari Singapura.

Lebih menarik lagi kumpulan tersebut membuat persembahan khas bersama Dato’ Jeffrydin dengan menyanyikan lagu Termenung dan juga Mas Mona di AJL 2009.

Masa ni Ayah Rani Kulup belum famous. Tak sangka Ayah pernah perform kat pentas Final AJL.

KOMEN RANI KULOP MEMANG WIN!

Dalam pada itu, Rani Kulup sempat meninggalkan komen dengan mengatakan bahawa dia tidak mahu bercerita mengenai perkara berkenaan kerana risau warganet akan menganggap dirinya hanya sekadar sembang sahaja.

Ayah tak nak bercerita. Nanti korang kata ayah sembang pula. So korang dah tahu zaman muda ayah lagi gempak. Kipidap!

Video berdurasi satu minit itu meraih lebih 411 ribu tontonan dan mendapat lebih 19 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh :

 

‘Dia berubah lepas dia tampar rimau’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat video berkenaan. Malah ada juga di antara mereka memuji aktivis itu pandai bermain drum.

VIDEO FULL AJL 2009

Terus ke minit 1:51:00 di Youtube 

Sumber : saikofad via Oh Bulan

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*