Ada Sesuatu Pada Nabil Waktu Live GV Yang Dapat Perhatian Netizen. Pantas Netizen Korek Dan Jumpa

Sepasang kasut merah yang dipakai pengacara Gegar Vaganza 8 (GV8) pada konsert suku akhir pada Ahad menjadi sorotan netizen sejak malam tadi.

Membongkar harga sebenar kasut merah jenama Air Jordan 1 Retro High OG Chicago, ada pengguna media sosial Twitter memaklumkan harganya dianggarkan mencecah belasan ribu.

“Patutla aku perati kasut Nabil kat #gegarvaganza2021 ni cantik semacam je. Rupanya harga dia RM11,919.85 (USD2833) #jordanair1retro,” tulis seorang pengguna di Twitter.

Sementara itu, rata-rata wargamaya akui turut sama memerhati kasut yang digayakan Nabil. Malah, ada yang menyifatkan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memang gemar mengumpul koleksi kasut.

Artikel berkaitan Gegar Vaganza..

Juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS mendedahkan penyingkiran kumpulan Sa.Ya pada malam Ahad lalu adalah disebabkan kesalahan pada teknik nyanyian, khususnya pada bahagian harmoni.

Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram berkata, banyak nota nyanyian yang dilantunkan oleh Sa.Ya kedengaran sumbang menerusi persembahan mereka pada malam berkenaan.

“Kumpulan Sa.Ya merupakan seorang pelawak dan bukan seratus peratus penyanyi. Saya pernah memberitahu mereka yang masa mereka akan ‘sampai’ dan ternyata, malam ini (malam konsert Gegar Vaganza 8) mereka tersingkir.

“Bagi saya, mereka melakukan banyak kesilapan, terutama pada nota-nota nyanyian yang sumbang dan kesalahan pada teknik harmoni,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Tok Ram berkata, Sa.Ya yang terdiri daripada Saiful Apek dan Yassin Yahya itu boleh meneruskan karier nyanyian mereka. Namun, pasangan duo itu memerlukan masa yang lebih lama untuk benar-benar matang sebagai penyanyi.

“Hampir seluruh karier mereka berada dalam lingkungan lawak dan komedi dan menyanyi merupakan hal nombor. Bagi saya, jika mereka ingin terus menyanyi, mereka perlukan sekitar 10 hingga 15 tahun lagi untuk benar-benar bersedia.

“Tapi, it’s ok. Mereka boleh teruskan. Saya gembira dengan mereka kerana mereka merupakan artis yang bertanggungjawab. Setiap tugasan yang diberi dilaksanakan, walaupun tidak mencapai piawaian,” katanya lagi.

VIDEO:

“Walaupun Kami Tak Menang, Tapi.. ” – Saiful Apek

“Walaupun Kami Tak Menang, Tapi.. ” - Sa.Ya Akur Tersingkir Minggu Ke-8, Lega Langsaikan Hutang...

Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Saiful Apek dan Yassin (Sa.YA) akur apabila tersingkir pada minggu kelapan yang juga suku akhir.

Menurut Apek, kalah menang merupakan adat pertandingan, namun kedua-dua mereka masih berbangga apabila menjadi pelawak pertama menyertai GV.

“Walaupun kami tak menang, tapi menang sorak jugalah ramai yang harapkan SaYa keluar.

“Ini adat pertandingan. Kami pelawak pertama sertai GV.

“Niat kami menyertai GV adalah mahu belajar, jadi kami dalam proses belajar.

“Ijazah kami hingga minggu kelapan saja,” katanya.

Jelas Apek, selain menganggap penyertaan GV sebagai satu proses pembelajaran , dia juga berharap memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana.

“Dalam satu kejayaan ada 99 kegagalan. Tujuan kami untuk perbaiki persembahan di pentas.

“Ini adalah satu proses pembelajaran untuk beri inspirasi kepada orang di luar sana.

“Kami sudah langsaikan hutang dalam bidang seni untuk peminat sepanjang dalam GV8.

“Peluang ini akan jadi lipatan sejarah,” jelas Apek.

Sa.Ya menjadi bidang kelima tersingkir selepas Bandi Amuk, Upiak Isil, Datuk Fazley Yaakob dan kumpulan trio Nico G.

Pada malam konsert kelapan tersebut, Sa.Ya menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita nyanyian asal kumpulan Iklim menerima markah sebanyak 58.20% selepas Shidee dengan markah 58.60%.

Sumber : GEMPAK

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*