Ramai Kata Founder Wanita Yg Nak Sponsor Kereta Baru Pada Abg Viva Sekadar Marketing Tapi Tiada Kereta. Ini Respond Balas Wanita Tersebut

Usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sha Hassan tampil lagi menjelaskan bahawa tempahan pacuan empat roda khas untuk dihadiahkan kepada ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30 selesai semalam.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, Sha menceritakan kesukaran beliau untuk mendapatkan kenderaan terbabit ekoran proses pembelian kereta mengambil masa agak lama.

“Sekarang kereta banyak 4×4 tidak sedia dan kena tunggu sampai dua hingga tiga bulan baru boleh dapat, jika tunai sekalipun tetap kena tunggu giliran.

“Yang 4×2, spec paling rendah ada tetapi tidak puas hati pula, alang-alang bagi yang okay sikit lah,” katanya menerusi media sosial.

Jelas Sha, ramai yang sudi menghulurkan bantuan di seluruh negeri bagi mempercepatkan proses pembelian kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

“Ramai yang banyak membantu sampai ke Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Terengganu carikan. Semalam, Alhamdulillah kita dapat satu unit yang sesuai dengan abang ini.

“Jadi semalam dah selesai tempahan, tapi tetap kena tunggu dalam satu minggu untuk selesaikan semua benda,” ujarnya.

Tambah usahawan itu, ‘Abang Viva’ sangat baik orangnya dan masih sabar menunggu serta tidak memilih jenis kenderaan yang bakal dihadiahkan kepadanya.

“‘Abang Viva’ santai sahaja, Sha mesej dia tunjuk pilihan gambar dia jawab ‘mana mana pun boleh, tidak kisah’. Dia tak tanya apa langsung, baik betul orangnya,” katanya lagi.

Kita nak update la since hari hari org dok tanya kita “mana keretanya ? dh naik nama senyap dh ? mmg marketing jelah kan ?”
Macam ni awak, skrg kereta byk 4×4 yg x available & kena tunggu sampai 2-3 bulan baru boleh dapat even cash sekalipun tetap kena que. Yang 4×2, spec paling low ada la tp x puas hati la plk. Alang alang bg, bg yg ok sikit la.

Ramai yg byk membantu sampai ke kl selangor, kelantan, terengganu carikan. Semalam finally alhamdulillah kita dh dapat 1 unit yg ngam sesuai dgn abg ni.
So smlm dh settle booking, tp tetap kena tnggu dlm 1 minggu +- utk settlekan semua benda. sabar nohh korang, abg viva ni santai je. sha msj dia tunjuk gamba yg tu yg ni dia jawab “mana mana pun boleh. x kisah” dia x de tanya apa lgsg  baik betul orgnya

Sumber : K! Online

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*