Selepas Ramai Kecam Siap Cakap Namron Akan Masuk Neraka, Dia Tampil Bagi Respond Balas

Pelakon senior, Nam Ron mengejutkan ramai orang termasuk rakan artis dan peminat apabila memuatnaik hantaran foto di Instagram yang cukup sensasi!

Foto yang dimuatnaik seakan-akan sedang berbog3l namun bahagian pinggang dan peha dilitupi dengan bantal dan patung unicorn. Namun pelakon tersebut sebenarnya memakai seluar pendek.

Selain foto, kapsyen pada hantaran tersebut juga telah menarik perhatian ramai kerana penulisan Nam Ron dikatakan ‘deep’ dan membawa maksud tersendiri yang tidak mudah untuk diterima ramai.

Rakan artis terkejut, tapi netizen kurang gemar


Foto: Instagram Nam Ron

Nam Ron yang tahun lepas juga telah mencetuskan kontroversi apabila ‘tayang badan’ di Instagram secara sinikal bagi meraih 1 juta pengikut juga telah membuatkan ramai rakan artis serta peminat membanjiri ruangan komen, dengan memberikan pandangan masing-masing.

Lain pula dengan rakan artis yang tertawa melihat hantaran tersebut, ada netizen dan peminat Nam Ron yang kurang bersetuju kapsyen ibarat ‘ceramah’ yang menyebut nama Allah itu dipadankan dengan gambar yang kurang sopan. Pelakon itu turut menerima komen-komen yang mengatakan dia akan masuk nereka.

Menerusi hantaran terbaru, Nam Ron meminta orang ramai kekal tenang.

RESPOND NAMRON

“Tiada siapa dlm dunia ni yg tahu siapa yg akan masuk syurga atau masuk neraka terlebih dahulu. Sbb itu bukan tugas manusia” – Netizen

Kepada yang berkenaan, Tak perlu takut takutkan saya dengan neraka. Tak perlu gula gulakan saya dengan syurga

Saya tak takutkan neraka dan saya tak harapkan syurga. Cukuplah Dia pemilik syurga dan neraka di hati saya. Dia tahu apa yang baik untuk saya dan Dia tahu apa yang ada di hati saya kerana segalanya milikNya jua.

Kerana Dia Tuhan sekalian Alam yang menggerak dan mendiamkan saya. Dan, saya telah menyaksikan dengan pandanganNya.

Anda jangan bimbang akan saya kerana begitulah saya sentiasa dalam pandanganNya jua.

Sumber : OH BULAN / NAMRON IG

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*