
MEMASUKI tahun baharu 2022, penyanyi Heliza Helmi kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira pukul 10 pagi, Sabtu.
Berita gembira itu dikongsikan pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di Instagram.
“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian disatukan dengan izin Allah.
“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian.
Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
“Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di kuar kawasan. Esok kita jumpa ya,” tulisnya di Instagram.
Difahamkan majlis resepsi mereka akan diadakan di Lanai Asmara, IOI Resort City, Putrajaya.
Sementara itu, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh jurufoto Aqo Imran, Heliza akui rasa berdebar sebelum majlis akad nikah berlangsung.
“Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya.
Dalam pada itu rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Heliza yang juga aktivis kemanusiaan serta pasangannya.
“Alhamdulillah… tahniah Datin @nurhelizahelmi dan Datuk @mahadibz.
Heliza dan Mahadi dinikahkan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
“MasyaAllah macam tak percaya pula! Barakallah Heliza dan Datuk Seri Mahadi.
“Secocok dan seperjuangan… tahniah Datin Seri Heliza dan Datuk Seri Mahadi,” kata beberapa netizen.
Hasil semakan, Mahadi adalah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.
SUAMI HELIZA PERNAH VIRAL DENGAN KERETA YANG PENUH DENGAN MAINAN HOTWHEELS
Dia juga pernah viral pada 2017 selepas kereta mewah jenis Jaguar miliknya dihiasi 4,600 buah kereta mainan ‘Hot Wheel’.
Sumber : MSTAR ONLINE
Leave a Reply