
#Gambar diatas sekadar hiasan
Sekadar perkongsian dari bekas mangsa banjir…
Saya dah biasa dgn banjir ni sejak kecik lgi sbb rmh sy mmg kwsn banjir di Pahang. Selepas banjir ni *bantuan paling penting ialah tenaga utk tolong kemas*… tapi mgkin ramai kata takde masa nak tolong. So bagi mcm2 barang dari barangan terpakai sampailah beras & tepung.
Utk makluman… mangsa banjir umur pelbagai, badan pelbagai & tak sesuai pun dgn baju2 terpakai yg kita nak bagi. sngattttt byk kes.
Inilah masa nak clearkan almari maka segala mcm baju mak nenek yg dah 5@10@15 tahun pun keluar. Semua akan jadi sampah kat kwsn yg mmg bnyk sampah banjir.
Hhhh… jgn marah ya.
Yg bagi beras tepung gula garam pun pulun jgn tak pulun… menyenget pickup bwa brg2. Org lepas banjir takdan pun nak masak2.
Diaorang nak kemas rumah dulu. Mangsa banjir ni beradab sopan.. kalau org dah bagi.. susah2 pikul.. diorg pasrah terima je.
Last2 beras berkepuk2 busuk takdan nak masak sebab kt rumah tu cuma pakcik & makcik 2 org je…..hadoiiiiii.
Jadi… *apa yg paling praktikal? hulur je duit cash kat mangsa2 banjir tu*. Taula diorg nak guna utk beli keperluan apa yg sesuai utk diorg.
Sungguh jimat. Tak perlu konvoi2.. *Tak perlu bazir2 minyak pickup bagai nak travel dtg berbondong2 jauh2.
Dtg je sebuah… bawa duit cash 100k @ 200k @ sejuta. Setiap rumah kena banjir… hulur je 100 @ 200 @ 1k…. selesai.*
Mmg dah lama sy nak cakap benda ni.. tapi x sampai hati. Kesian tengok kesungguhan org yg dtg mmbantu pikul beras 10kg nak hntar ke rumah yg didiami oleh nenek sorang je….
Maaf jika ada yg terguris hati, doa yg baik2 dan kemudahan serta keselamatan utk mangsa banjir di seluruh Malaysia
Sumber: Facebook
Leave a Reply