
Agensi kerajaan negeri ini diminta untuk memastikan kesemua jentera dan kelengkapan berada pada tahap siap siaga dan bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda, hari ini.
“Saya telah menerima laporan ramalan cuaca dan status aras air di beberapa sungai di Johor.
“Saya telah menitahkan semua pegawai daerah dan agensi di Johor untuk memastikan semua jentera, peralatan dan persiapan rapi dibuat serta bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.
“Semua agensi kerajaan hendaklah sentiasa memantau situasi terkini sepanjang masa untuk memastikan Johor bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” titahnya.
Terdahulu, enam negeri di semenanjung Malaysia terjejas akibat ban.jir ekoran fenomena Lekukan Tropika yang menyebabkan taburan hujan tinggi.
Enam negeri tersebut adalah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Dalam pada itu, Tunku Ismail turut bertitah agar agensi berkenaan memaklumkan kepada rakyat maklumat semasa dengan segera jika apa-apa berlaku.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis menasihati rakyat negeri agar berhati-hati dengan perubahan cuaca yang boleh menyebabkan ban.jir ketika musim tengkujuh ini.
Beliau dilaporkan berkata situasi ban.jir yang berlaku khususnya di Selangor seharusnya dijadikan peringatan buat semua khususnya yang berada di lokasi jarang ban.jir.
Artikel berkaitan …
‘Mujur saya ada pengalaman masa ban.jir termenung di Johor’
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menceritakan pengalaman pernah menyelia mangsa ban.jir beberapa tahun di kawasan Parlimennya sendiri.
Peristiwa bencana alam yang melanda tempat beliau menjadi wakil rakyat Ayer Hitam di Johor itu banyak menolongnya dalam isu koordinasi bantuan ketika ban.jir di Lembah Klang kelmarin.
“Saya mujur pernah terlibat dalam pengurusan 31 buah pusat penempatan sementara (PPS) melibatkan 12,500 mangsa selama 48 hari ketika ban.jir termenung di kawasan saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pengangkutan dan Logistik Antarabangsa Kuala Lumpur 2021 yang julung kali berlangsung di sini hari ini.
Presiden MCA itu menambah, apa yang berlaku baru-baru ini telah banyak membolehkan beliau mengulang semula pengalaman dirinya menolong ramai mangsa ban.jir.
“Saya dapat rasa kesusahan mereka kerana pernah merasai sendiri suasana di PPS ketika ban.jir di Ayer Hitam pada 2006, 2007, 2011, 2014 dan di Pantai Timur pada 2019,” jelasnya.
Justeru, pada hari pertama bencana itu melanda enam negeri di Semenanjung Malaysia, beliau bertindak pantas mengarahkan semua agensi di bawah kementerian bersiap siaga antaranya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diarah membuka stesen Padang Jawa di Shah Alam bagi dijadikan PPS untuk perlindungan kepada 150 mangsa sekitar kawasan itu.
Dalam perkembangan lain, menurutnya, Kementerian Pengangkutan optimis Pelabuhan Klang mampu memecah rekod dalam pengendalian kontena sepanjang tahun ini di sebalik bencana ban.jir teruk minggu lalu.
Jelasnya, ini berdasarkan kejayaan luar biasa Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor walaupun berdepan banyak cabaran.
“Memang diakui prestasi Pelabuhan Klang terjejas selama dua hari disebabkan ban.jir dengan kurang 80 peratus pengendalian kontena, namun sasaran masih lagi boleh dicapai,” katanya.
Ka Siong berkata, kejadian ban.jir itu menjejaskan 27,000 unit bersamaan 20 kaki (TEU) atau dirujuk satu kontena standard yang tidak dapat dipunggah masuk dan keluar.
Sumber : K! Online / Utusan Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply