Ibu Kepada PA Aliff Syukri Beritahu Anak Dia Buat Bidaan Atas Arahan. Wanita Yg Dedahkan Segalanya Sertakan Bukti

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa menghantar pembantu peribadinya bagi membida aset di kediaman Nur Sajat terkejut apabila namanya dikaitkan dengan pembida yang menghilangkan diri itu.

Dalam hal ini, Aliff, 36, berkata dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu dan tidak kisah jika netizen terus membuat spekulasi.

“Saya tak nak komen isu ini. Saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan kerana menghormati semua orang.

“Siapa pun layak ikut serta proses lelongan itu. Tak kisah siapa pun dia, semua boleh (bida harta lelongan Sajat),” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas ditanya berhubung kaitan dirinya dengan seorang individu yang berjaya membida aset Sajat pada nilai RM132,000.

Individu terbabit dikenali sebagai Muhammad Syazwan Ahmad Fiesol dan namanya mula kecoh di media sosial selepas didakwa pembantu peribadi Aliff Syukri.

Sementara itu, Aliff Syukri juga enggan memberi sebarang komen mengenai Syazwan termasuklah kisah lelaki terbabit yang dikatakan sedang bercuti ke luar negara ketika ini.

Peguam Zeti Zulkifli daripada NHA Advocates & Solicitors yang mewakili bekas stokis terbesar Sajat, OWA Resources Sdn. Bhd. dilaporkan berkata, lelaki itu hilang selepas mengatakan mahu mengambil wang di bank.

“Kami tunggu sehingga pukul 4 petang, namun dia masih tidak muncul. Kami kemudian hubungi mahkamah untuk dapatkan tarikh baharu arahan bagi melelong aset Sajat,”

IBU SYAZWAN FIESOL DEDAHKAN SEGALANYA

Salah seorang Pengarah Syarikat dalam jenama OWA (untuk Aesthetic Clinic) bernama KJ Nilam di Facebook telah mendedahkan bahawa individu yang dikatakan pembantu peribadi Aliff Syukri adalah benar.

Menurut kenyataan di Facebook KJ Nilam, ibu kepada PA Aliff Syukri sendiri mengaku bahawa anaknya hanya melakukan bidaan kerana arahan dari majikan.

KJ Nilam turut meletakkan screenshot dimana Syazwan memanggil wanita itu sebagai Mak.

Menurut KJ Nilam, segala maklumat nombor telefon dan kad pengenalan mereka ada dan tindakan seterusnya akan dilaksanakan.

Terdahulu, Mohammad Syazwan berjaya membida kesemua 39 barang milik usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat di Kota Damansara.

Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.

Bidaan dibuat sebanyak enam kali membabitkan lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga.

Proses bidaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa.

Pembida perlu menyediakan wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara itu.

Untuk rekod kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM75,000.

Antara barangan yang dilelong adalah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan chandelier.

Sumber : MSTAR ONLINE / K! Online / FB KJ Nilam

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*