Pelakon Avaa Vanja Tuntut Suami Ceraikan Dia Dan Dia Turut Senaraikan Semua Jenis Tuntutan Selepas Sah Bercerai

Pelakon Avaa Vanja memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Khamis.

Pelakon yang bakal membuat kemunculan semula dalam dunia perfileman tersebut turut menuntut hak penjagaan penuh anak tunggal beliau yang kini berusia sembilan tahun.

Perkara tersebut disahkan oleh pengurus krisis pelakon tersebut dari firma perhubungan awam Saiful Ridzuan Public Relations And Communications.

Peguam Syarie, Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Avaa berkata anak guamnya telah menandatangani wakalah menuntut perceraian dari suaminya.

Avaa Vanja Tuntut Cerai Dengan Suami

“Anak guam telah menandatangani wakalah bagi menuntut perceraian dari suaminya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Anak guam menuntut antara lain, fasakh dan hak penjagaan penuh anak.

“Pelakon tersebut tidak menafikan bahawa beliau turut bersedia memfailkan lain-lain tuntutan seperti nafkah anak, nafkah iddah, mutaah, dan tunggakan nafkah anak dalam masa yang terdekat,” tambah peguam itu lagi.

Nurul Hafidzah dibantu oleh peguam bersama Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.

Avaa berpendapat tindakan menuntut cerai adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis rumah tangga beliau.

Dunia Is Not A Resting Place, It Is A Testing Place.

Another day at the court for this team @nha_lawfirm , but a new journey yet a test for me, insyallah, moga dipermudahkan segala urusan kami ?

Ladies First Eh 

Untuk rekod, Avaa telah berkahwin dengan lelaki kacukan India-Ingegris, A Amil Sulaiman dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Merlissa, 9.

Sumber : GEMPAK

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*