
Sekurang-kurangnya dua individu dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pada Khamis.
Kejadian sekitar jam 1.30 petang itu dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mereka tertimbus hampir 50 meter dalam runtuhan berkenaan.
Runtuhan tanah mengakibatkan laluan utama ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai itu terhalang sepenuhnya pada Khamis.
Difahamkan, terdapat sebuah lori dan kereta terlibat dalam kejadian itu, namun setakat ini belum ada pengesahan dibuat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kecemasan kejadian itu diterima pada jam 1.44 petang.
Runtuhan tanah yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dikongsi di media sosial pada Khamis.
Menurutnya, anggota dan jentera yang tiba di lokasi mendapati runtuhan tanah telah mengakibatkan laluan utama di kedua-dua arah jalan itu terhalang.
“Maklumat awal mengatakan ada kenderaan terperangkap dan terdapat mangsa dalam kenderaan tersebut,” katanya di sini pada Khamis.
Sumber : Sinar Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply